Tujuh KSU kementerian bertukar

(Atas kiri) Datuk Lokman Hakim Ali, Datuk Seri Isham Ishak, dan Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad. (Bawah kiri) Datuk Seri Suriani Ahmad, Datuk Ruji Ubi, Datuk Azman Mohd Yusoff, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Tujuh KSU kementerian bertukar

Sektor perkhidmatan awam menyaksikan perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi, masing-masing berkuat kuasa esok dan 23 September ini.

Ia membabitkan perjawatan sembilan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), seorang timbalan ketua setiausaha kanan dan dua ketua pengarah.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang mengumumkan perubahan itu menerusi satu kenyataan hari ini, berkata perubahan penempatan dan pelantikan baharu seiring hasrat melaksanakan reformasi perkhidmatan awam.



Beliau berkata, ia menuntut kepada kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam kepimpinan tertinggi sektor awam bagi mendepani era baharu perkhidmatan awam, susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia juga manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada raja dan negara, dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri,” katanya.

Perubahan penempatan melibatkan KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Lokman Hakim Ali yang akan ditukarkan ke Kementerian Pertahanan menggantikan Datuk Seri Isham Ishak yang berpindah ke KPKM, kedua-duanya berkuat kuasa 23 September.

Berkuat kuasa esok, KSU Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Seri Suriani Ahmad akan mengisi kekosongan jawatan KSU Kementerian Kesihatan manakala KSU Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menggantikan Suriani.



Tempat Khairul Dzaimee diambil alih KSU Kementerian Perpaduan, Datuk Azman Mohd Yusoff dan KSU Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad menggantikan Azman.

Sementara itu, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Azman Ibrahim dilantik KSU KKR yang baharu manakala KSU Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ruji Ubi bertukar ke Kementerian Pendidikan menggantikan, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi yang mengambil tempat Azman Ibrahim.

KSU KDN pula disandang Datuk Awang Alik Jeman yang sebelum ini Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM dan digantikan dengan Datuk Abd Shukor Mahmood.

Selain itu, Muhammad Razman Abu Samah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) JPM yang sebelum ini disandang Shamsul Azri.



Anwar pada 2 September lalu berkata, Shamsul Azri akan bekerjasama rapat dengan pasukannya dan penjawat awam untuk meningkatkan prestasi kerajaan dan memenuhi jangkaan perkhidmatan awam serta orang ramai.

Shamsul Azri, yang sebelum ini merupakan Ketua Pengarah UKAS, menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 10 Ogos.

Dengan pengalaman selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam, Shamsul telah memegang pelbagai peranan di Kementerian Kewangan (MoF), Jabatan Perkhidmatan Awam, dan pentadbiran kerajaan negeri.

Berikut perubahan penempatan dan pelantikan baharu jawatan berkenaan:



1. Datuk Lokman Hakim Ali – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, bertukar dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
* Berkuat kuasa 23 September 2024

2. Datuk Seri Isham Ishak – Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bertukar dari Kementerian Pertahanan
* Berkuat kuasa 23 September 2024

3. Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, bertukar dari Kementerian Kerja Raya
* Berkuat kuasa 5 September 2024

4. Datuk Seri Suriani Ahmad – Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, bertukar dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
* Berkuat kuasa 5 September 2024



5. Datuk Ruji Ubi – Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, bertukar dari Kementerian Dalam Negeri
* Berkuat kuasa 5 September 2024

6. Datuk Azman Mohd Yusoff – Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, bertukar dari Kementerian Perpaduan Negara
* Berkuat kuasa 5 September 2024

7. Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud – Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, bertukar dari Kementerian Sumber Manusia
* Berkuat kuasa 5 September 2024

(Dari kiri) Datuk Awang Alik Jeman, Datuk Abd Shukor Mahmood, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Datuk Seri Azman Ibrahim dan Muhammad Razman Abu Samah.
(Dari kiri) Datuk Awang Alik Jeman, Datuk Abd Shukor Mahmood, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Datuk Seri Azman Ibrahim dan Muhammad Razman Abu Samah.

8. Datuk Awang Alik Jeman – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, naik pangkat daripada jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM)
* Berkuat kuasa 5 September 2024



9. Datuk Abd Shukor Mahmood – Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, bertukar daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Jabatan Perdana Menteri (JPM)
* Berkuat kuasa 5 September 2024

10. Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, bertukar daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
* Berkuat kuasa 5 September 2024

11. Datuk Seri Azman Ibrahim – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, bertukar daripada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
* Berkuat kuasa 5 September 2024

12. Muhammad Razman Abu Samah – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, bertukar daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
* Berkuat kuasa 5 September 2024. BH

Tujuh KSU kementerian bertukar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker