Taki bidas Puad, pertahan syarikat SG4 Group

Seorang pemimpin kanan PN tampil mempertahankan langkah empat negeri yang ditadbir gabungan itu menubuhkan syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group).

Merujuk persoalan yang dibangkitkan pemimpin Umno, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata ahli politik terbabit perlu faham perbezaan di antara peranan kerajaan dan syarikat.

“SG4 Group boleh disertai mana-mana syarikat untuk kepentingan ekonomi rakyat di empat negeri terbabit.



“Atas persetujuan bersama juga mereka boleh membuat resolusi untuk keluar dari syarikat.

“Dalam sebuah syarikat, jika mahu tambah daripada empat menjadi enam pun boleh atau ada yang mahu keluar, itu juga dibolehkan, tidak ada masalah,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

Semalam anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi tampil mempersoalkan nasib syarikat SG4 Group jika ada kerajaan negeri PN tumbang dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil dan mendakwa langkah menubuhkan syarikat tersebut bukan untuk membantu mana-mana negeri tetapi hanya bermotifkan politik.



“Akan timbul banyak masalah baik dari segi pekerja, aset, saham dan lembaga pengarah.

“Tidak pernah empat negeri berkongsi buat satu syarikat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Eksekutif SG4 Group berkata penubuhan syarikat itu tidak perlu dibimbangkan oleh sesiapa kerana tidak menjejaskan mana-mana entiti.

“Empat negeri yang menyertai syarikat berkenaan mempunyai satu entiti yang boleh dilantik menjadi pemegang saham dan mereka juga bila-bila masa sahaja boleh keluar dari syarikat.



“SG4 ialah sebuah syarikat. Jadi syarikat tempatan atau luar negara juga boleh menyertainya.

“Ia terbuka kepada sesiapa sahaja dan ada pemegang saham serta ahli lembaga pengarah,” katanya dipetik sebagai berkata.

Pada Isnin lalu SG4 mengadakan sidang kemuncak dengan menghimpunkan semua wakil rakyat PN di Bangi, Selangor.

Pada sidang itu Ketua Panel Penasihat SG4, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mengambil langkah bersama untuk berkongsi kekayaan dengan membentuk SG4 Group.



Menurutnya juga agihan keuntungan perniagaan, manfaat akan diperoleh semua negeri terlibat yang akan diagihkan sama rata.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?



Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker