Perlis wajibkan peniaga pasar malam tutup operasi ketika Maghrib

Perlis wajibkan peniaga pasar malam tutup operasi ketika Maghrib

KANGAR: Berkuat kuasa 15 September ini, peniaga pasar malam beragama Islam di negeri ini diwajibkan menghentikan operasi perniagaan ketika Maghrib.

Operasi dihentikan selama 20 minit termasuk 10 minit sebelum masuk waktu bagi membolehkan peniaga dan pengunjung menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa.



EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Perlis, Asrul Aimran Abd Jalil, berkata peraturan itu selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis pada 21 Ogos lalu yang bersetuju melaksanakan program ‘Berhenti Dulu Kita Solat’.

Beliau berkata, buat permulaan, anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan akan turun padang bagi memastikan kejayaan program ‘Berhenti Dulu Kita Solat’ dengan memberi nasihat dan teguran.

“Ini antara inisiatif memperkasakan kempen Hayya Ala-Solah’ yang mana melalui program ini, peniaga pasar malam diwajibkan memberhentikan operasi perniagaan ketika Maghrib bagi menghormati waktu solat,” katanya di Facebook hari ini.

Beliau berkata solat boleh dilaksanakan di masjid atau surau berdekatan atau di lokasi disediakan pihak penganjur tapak pasar malam selain mana-mana kawasan dirasakan sesuai oleh peniaga.



“Bagi sebahagian kecil peniaga bukan Islam, mereka turut digalakkan menutup perniagaan sepanjang tempoh berkenaan, namun tiada sebarang halangan jika mereka mahu meneruskan aktiviti perniagaan.

“Inisiatif ini juga bertujuan menggalakkan pengunjung pasar malam yang beragama Islam supaya tidak membeli ketika masuknya waktu solat Maghrib selain mendidik rakyat menunaikan solat pada awal waktu dan tidak melengah-lengahkan solat,” katanya. BH

Perlis wajibkan peniaga pasar malam tutup operasi ketika Maghrib

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?



Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker