Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada

Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada

Johnny’s Restaurants dan Black Canyon mengakui tidak mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Pada masa ini Johnny’s Restaurants dan Black Canyon Malaysia belum lagi ‘disahkan halal’ oleh Jakim,” kata dua restoran itu dalam kenyataan bersama hari ini.



Bagaimanapun, mereka menegaskan bahawa semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal.

“Salinan sijil-sijil ini dapat dirujuk di semua restoran kami, jika perlu,” kata syarikat itu.

Jakim semalam mengesahkan suratnya yang tular bahawa premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Namun premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best pula mempunyai empat outlet yang mempunyai SPHM yang masih sah, kata agensi kerajaan pusat itu.



Ayam Penyet Best mempunyai 15 kedai di Kuala Lumpur dan Selangor.

Sementara itu, Johnny’s Restaurant dan Black Canyon juga berkata tiada penggunaan sebarang alkohol atau wain dalam pemprosesan atau penyediaan makanan dan minuman yang dihidangkan oleh mereka.

“Kedua-dua syarikat tersebut memahami kepentingan pensijilan halal kepada pelanggan dan sedang berusaha untuk mendapat pensijilan halal daripada JAKIM untuk dapur berpusat dan pensijilan individu untuk semua cawangan mereka.

“Pihak Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia juga berharap bahawa penjelasan yang dikemukakan akan menangani rasa bimbang semua pelanggan.



“Seperti biasa, pengutamaan diberi kepada perhidangan makanan Thai yang lazat, selamat dan asli bagi semua rakyat Malaysia dan pelanggan yang memberi kepercayaan kepada Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia,” kata kenyataan itu. Mk

Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker