Pantai Holdings beli Island Hospital pada harga RM3.92 bilion
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh tidak langsung IHH Healthcare Bhd (IHH), Pantai Holdings Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Comprehensive Care Sdn Bhd untuk membeli 100 peratus kepentingan dalam Island Hospital Sdn Bhd bernilai RM3.92 bilion.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, IHH berkata cadangan pembelian itu membabitkan pembelian 20 juta saham biasa dalam Island Hospital.
Cadangan pembelian itu akan dibiayai melalui dana yang dijana secara dalaman dan pinjaman luar.
“Gabungan pembiayaan itu akan ditentukan pada peringkat seterusnya selepas mempertimbangkan keperluan tunai dalaman, tahap kadar hutang dan kos faedah IHH Group,” kata IHH.
Menurutnya, cadangan pembelian itu menyediakan peluang strategik untuk membeli hospital swasta terkemuka di Pulau Pinang itu yang mempunyai kapasiti 600 katil.
Langkah itu akan membolehkan kumpulan menyatukan dan mengukuhkan kehadirannya di Pulau Pinang dan memperkuat kedudukan daya saingnya di seluruh Malaysia, katanya.
Selepas pembelian itu, kumpulan akan mengendalikan tiga hospital di Pulau Pinang iaitu Island Hospital, Hospital Gleneagles Pulau Pinang dan Hospital Pantai Pulau Pinang, membabitkan lebih 1,000 katil yang boleh digunakan.
Tanpa mengambil kira perkara luar jangka, IHH berkata cadangan pembelian itu dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.
Dalam kenyataan berasingan, kumpulan berkata berikutan pembelian itu, ia menjangkakan lebih RM200 juta menerusi sinergi untuk tempoh lima tahun akan datang.
Menurutnya, Island Hospital boleh meningkatkan kecekapan operasinya dengan menyelaraskan amalan dan operasi komersial dengan IHH, termasuk menyatukan pemerolehan.
“Simpanan tanah Island Hospital bernilai RM223.4 juta, dengan kelulusan yang diraih untuk pembangunan pada masa depan.
“Ini akan menjadikan pertumbuhan IHH Healthcare yang bersedia masa depan di rantau ini dan memenuhi permintaan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat daripada pesakit tempatan dan asing,” kata IHH.
-BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
You must be logged in to post a comment.