MMA gesa KKM siasat dakwaan buli oleh doktor pakar

MMA gesa KKM siasat dakwaan buli oleh doktor pakar

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas bagi melaksana audit luar terhadap dakwaan buli dan pelaksanaan prosedur tidak normal kepada pesakit, membabitkan seorang ketua unit dalam sebuah hospital kerajaan di Sabah.

Presiden MMA, Dr Azizan Abdul Aziz, menegaskan satu tindakan tuntas perlu diambil oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad, bagi mengelak budaya toksik itu berterusan kerana itu bukan saja memberi kesan kepada kakitangan hospital, malah juga kepada pesakit.



Mengulas lanjut, beliau berkata, aduan berkaitan buli yang berlaku itu pernah disalurkan kepada pengurusan hospital berkenaan dan MMA mempunyai bukti surat dan tindakan diambil terhadap ketua jabatan terbabit, tetapi tindakan secara teguran dibuat pihak berkenaan tidak mengubah apa-apa, sebaliknya perbuatan buli membabitkan individu sama berterusan hingga kini.

Katanya, MMA kini menegaskan kepentingan pelaksanaan audit luar secara bebas selepas aduan yang dibuat kepada Unit Integriti KKM sebelum ini tidak memberi sebarang hasil.

“Kami percaya aduan yang diterima terhadap ketua unit sebuah hospital kerajaan di Sabah ini berasas, berikutan ia dibuat lima pengadu termasuk pakar bedah dan pegawai perubatan.

“Selain itu, kami turut menerima bukti berhubung perbuatan buli terhadap doktor di hospital itu, termasuk ketika dalam dewan bedah dan prosedur pembedahan menyalahi etika.



“Ia menjejaskan perkhidmatan sektor perubatan di negara ini, sekaligus memberi imej tidak baik buat hospital awam,” katanya kepada BH semalam.

Dr Azizan berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan tindakan diambil pengurusan hospital terbabit yang hanya membuat teguran terhadap ketua unit berkenaan sejak 2018.

Beliau berkata, selepas aduan dipanjangkan kepada Unit Integriti KKM serta cadangan MMA supaya siasatan secara bebas luaran dibuat, namun cadangan itu tidak diterima.

“Mereka memberikan alasan ia boleh memberikan gambaran campur tangan pihak luar serta ketidakpercayaan pegawai yang dilantik sebagai jawatankuasa siasatan.



“Namun, ternyata tindakan yang diambil secara teguran yang dibuat itu tidak menambah baik persekitaran suasana pekerjaan di hospital terbabit, sebaliknya insiden buli itu terus berlaku, termasuk yang terbaharu pada bulan lalu,” katanya.

Dr Azizan berkata, berdasarkan maklum balas diterima MMA, pihaknya mendapati prosedur siasatan secara dalaman yang dilaksanakan pengurusan hospital terbabit juga tidak menyeluruh.

“MMA berharap kejadian ‘Hospital Sungai Buloh’ tidak akan berulang lagi. Kita tidak mahu adanya tanggapan aduan yang dibuat terhadap ketua jabatan ataupun mereka yang berada di dalam hierarki tinggi tidak akan mengubah apa-apa.

“Ini terbukti apabila Unit Integriti KKM memaklumkan mereka sudah memberi teguran membina kepada pihak terbabit dalam kes buli ini, namun insiden itu masih berterusan dalam unit berkenaan,” katanya.



Lantaran itu, beliau mengingatkan KKM agar memandang serius perkara terbabit bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan berharap isu seperti yang berlaku di Hospital Sungai Buloh tidak akan berulang lagi.

Beliau menegaskan, MMA juga menerima bukti bergambar berhubung prosedur pembedahan yang dilakukan ketua unit berkenaan yang disifatkan sebagai menyalahi etika.

“Apabila kami merujuk kepada pihak bedah neuro mengenai prosedur melakukan ‘dressing’ terhadap otak pesakit yang dilakukan secara terbuka tanpa tempurung, ia mengejutkan mereka kerana kaedah itu tidak diamalkan di mana-mana negara,” katanya. BH

MMA gesa KKM siasat dakwaan buli oleh doktor pakar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’



Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker