Kemampuan Mahathir hanya terserlah jika bawa pelaburan, teknologi REE ke negara ini

Kemampuan Mahathir hanya terserlah jika bawa pelaburan, teknologi REE ke negara ini

Kemampuan sebenar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan terserlah sekiranya berjaya membawa pelaburan asing serta teknologi pemprosesan industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) ke negara ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata ini kerana industri REE itu dikuasai hampir 90 peratus oleh China dan kebanyakan teknologi untuk memproses unsur nadir itu hanya dimiliki syarikat milik ekonomi kedua terbesar dunia berkenaan.

“Hanya ada beberapa syarikat bukan China yang mempunyai teknologi ini. Perbincangan di peringkat Kerajaan Persekutuan memutuskan supaya usaha di peringkat kerajaan dimulakan untuk meyakinkan pelabur untuk berkongsi teknologi pemprosesan REE dengan membuka kilang pemprosesan di Malaysia.

“Saya yakin ini persaingan yang sihat kerana Kerajaan Persekutuan dan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir empat negeri ini berlumba-lumba membuktikan siapa yang paling handal membawa teknologi pemprosesan REE ke Malaysia.

“Jika tidak, rancangan yang diumumkan di Bangi itu hanya kekal menjadi hasrat sahaja,” katanya menerusi X, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir yang juga Ketua Panel Penasihat empat kerajaan negeri ditadbir PN atau SG4 dilaporkan berkata akan menubuhkan syarikat bersama sebagai usaha untuk memajukan lagi pentadbiran yang dikuasai pembangkang itu.

Menurutnya, setiap negeri memiliki 25 peratus saham syarikat berkenaan dan ia bagi memastikan negeri yang ketinggalan jauh seperti Perlis, juga mendapat hasil yang sama seperti negeri lain.

Katanya, syarikat berkenaan akan memfokuskan kepada elemen REE kerana percaya ia akan menjadi punca kekayaan. BH

Kemampuan Mahathir hanya terserlah jika bawa pelaburan, teknologi REE ke negara ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker