Harimau Malaya kehilangan ‘ekor’ di Bukit Jalil, kempen boikot dari Ultras Malaya berjaya

KUALA LUMPUR: Suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil tampak suram susulan ketiadaan kumpulan penyokong, Ultras Malaya yang sentiasa memeriahkan suasana dengan laungan semangat buat pemain negara.

Bagi aksi Pestabola Merdeka 2024 antara Malaysia menentang Filipina malam ini, tempat duduk di belakang pintu gol yang sentiasa menjadi lokasi tempat duduk Ultras Malaya kosong, tidak seperti pada aksi skuad negara sebelum ini.

Namun, stadium tidaklah kelihatan ‘lompong’ susulan kehadiran kira-kira 3,000 penyokong yang turut hadir untuk menyaksikan perlawanan malam ini.

Meskipun sedikit namun sekurang-kurangnya pemain negara tidaklah beraksi seperti di dalam stadium kosong.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila beberapa ‘cawangan’ Ultras Malaya didakwa akan memboikot kejohanan edisi ke-43 itu.Ultras Malaya menerusi laman X, UM’07 membuat ciapan: “Sakit dan terus sakit. Biar je jangan diubat. Kosongkan Stadium! Tutup Curva Pestabola Merdeka!. #ResetBolasepakMalaysia”.

Ultras dari Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur turut meluahkan hasrat untuk memboikot kejohanan itu dengan alasan kerana tidak berpuas hati dengan badan induk itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?

Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker