Bapa mengaku bersalah rogol 2 anaknya

Bapa mengaku bersalah rogol 2 anaknya

MUAR: Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas dua pertuduhan merogol serta melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya berumur 14 dan 11 tahun di kediaman mereka di Batu Pahat, tahun ini.

Tertuduh berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.



Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bekerja sebagai pemasang jubin, didakwa merogol anak kandungnya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat antara jam 2.30 hingga 4 petang 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak bongsunya berusia 11 tahun pada waktu petang sekitar April tahun ini, di kediaman sama.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan.



Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh esok untuk pihak pendakwaan menyediakan fakta kes, dan hukuman terhadap tertuduh.

Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian 28 Ogos lalu, kanak-kanak berumur 11 tahun terbabit dikatakan ternampak suspek sedang merogol kakaknya itu, melalui tingkap rumah mereka ketika pulang dari sekolah.

Adik nampak bapa rogol kakak



Mangsa yang menyedari kepulangan adiknya itu segera meminta pertolongan sebelum suspek didakwa bertindak memakai semula seluar. Difahamkan ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana bekerja di kedai jahit di bandar ini.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian kepada ibunya yang pulang ke rumah pada sebelah petang menyebabkan wanita itu membawanya ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) sebelum hasil pemeriksaan mendapati remaja berkenaan telah dirogol.

Wanita itu kemudian membawa anaknya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada jam 10 malam hari sama.



Bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek di sebuah taman perumahan tidak jauh dari lokasi kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Malah, adik mangsa berumur 11 tahun mendakwa bahawa dirinya juga pernah menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh bapa kandung mereka itu. BH

Bapa mengaku bersalah rogol 2 anaknya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’

Fazura bagi ‘hint’ lagi?



Polis UK pakai Proton Waja (Video)

Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker