Ayuh pemain ke-12, lupakan boikot
Ayuh pemain ke-12, lupakan boikot
Penyokong Harimau Malaya tampak menerima kata-kata pujukan terakhir untuk membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil beberapa jam sebelum aksi menentang Filipina jam 9 malam ini.
Ia susulan laman rasmi FIFA World Cup menerusi platform media sosial mereka termasuk Facebook dan Instagram memuat naik status Harimau Malaya memerlukan sokongan pemain ke-12.
“Harimau Malaya memerlukan sokongan anda lagi dan lagi,” tulis FIFA World Cup di laman Facebook berserta gambar pemain skuad Harimau Malaya dan ciapan sama dibuat di Instagram mereka.
Aksi menentang pasukan ranking ke-147 dunia, Filipina adalah perlawanan pertama Harimau Malaya dalam pertandingan Pestabola Merdeka 2024.
Sekiranya menang, skuad kendalian Pau Marti Vicente akan mara ke final untuk berdepan pemenang satu lagi aksi antara Lubnan dan Tajikistan yang terlebih dahulu akan berlangsung pada jam 4.30 petang ini.
Apa yang menjadi kerisauan ketika ini adalah mengenai kehadiran penyokong ke stadium susulan segelintir daripada mereka terutama kumpulan Ultras Malaya memboikot kejohanan itu.
Ahad lalu, BH Sukan melaporkan tidak sampai 1,000 keping tiket terjual bagi aksi pertama itu.
Bagaimanapun, belum ada kemas kini terbaharu daripada Persatuan Bolasepak Malaysia mengenai jumlah tiket yang sudah terjual setakat ini. BH
Ayuh pemain ke-12, lupakan boikot
Baca Artikel Menarik:
- Anwar patutnya berdepan dengan saya – Noraniza Idris
- Pembekal ada sijil halal tapi Johnny’s, Black Canyon belum ada
- Kasihan Ben Nathan
- Saya nak bankrapkan penjenayah rasuah – Azam
- Pemain Manchester United merajuk, belum ‘move on’
- Suami isteri mahu cerai, polis juga yang dicari
- Penjelasan dakwaan mengaitkan Sayidatina Khadijah RA berkemungkinan berasal dari alam Melayu
- Hamidin, langkah-langkah yang janggal
- Saya tiada DUN Melaka sendu – Norhizam
- Kalau mahu jadikan bukti, saya rakam Ebit sedang….. – Pengadu
- SPRM tahan 3 doktor kanan
- Khabib ke Malaysia hujung bulan ini
- Sungai melimpah, 24 buaya sesat di kawasan perumahan
- Kes Da’i Syed ‘wake up call’ buat pendakwah
- Kalau bentang kepada media, buat apa bagi pembangkang – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Penat aku bela, tiba-tiba anak legenda JDT, kepala hatok hang’
Putera Raja Thailand jadi tukang kebun di Indonesia
You must be logged in to post a comment.