Mahkamah dimaklumkan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral pindah wang RM1.1 billion ke dalam akaun Jho Low

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, memindahkan dana syarikat itu ke Good Star Ltd, syarikat dimiliki ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, sebanyak dua kali.

Peguam, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang mewakili bekas perdana menteri Najib Razak berkata selepas transaksi pertama sebanyak USD700 juta pada 2009, transaksi kedua melibatkan USD330 juta pada 2011.

“Ini merupakan kali kedua Shahrol Azral memindahkan lagi USD330 juta dana 1MDB ke Good Star.

Jika pihak pendakwaan mencari bukti tentang sistem di 1MDB, mereka perlu melihat kepada saksi utama mereka sendiri, Shahrol Azral,



 katanya dalam hujahan pada akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Sebelum ini, dilaporkan sejumlah USD700 juta wang 1MDB dipindahkan ke Good Star pada 2009 melalui arahan Shahrol dan transaksi kedua sebanyak USD330 juta berlaku pada 2011.

Wang USD330 juta itu sebahagian daripada pengeluaran PetroSaudi International Ltd di bawah perjanjian pembiayaan murabaha (MFA) dengan 1MDB.

MFA dimeterai antara kedua-dua pihak selepas menamatkan usaha sama mereka yang melibatkan 1MDB menyuntik wang tunai USD1 bilion, dengan USD700 juta dipindahkan ke Good Star.



Pada 2019, Shahrol memberi keterangan bahawa beliau hanya mengetahui Good Star dikaitkan dengan Low pada 2015.

Najib, 71, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Beliau turut berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama di bank sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Najib didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, dan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.



Hujahan bersambung 10 Sept.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker