‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Tular video siaran langsung lama pengacara yang juga isteri kepada pendakwah bebas Da’i Syed iaitu Hana Ismail yang menasihatkan khalayak agar tidak bersangka buruk dengan keturunan Syed dan Syarifah.

Hana atau nama sebenarnya, Nurulhana Ismail, 38, berkata, sekiranya ada dalam kalangan golongan Syed dan Sharifah yang berketurunan ahlul bait tersasar daripada landasan sebenar, titipkan nasihat buat dengan dengan baik.

“Kalau kita nampak mungkin (ada) keturunan Syed Syarifah yang tersasar, minta ditegur dengan baik tetapi tetap sayangkan mereka.

“Sebab mereka ini ada darah keturunan Rasulullah SAW. Walaupun mereka ini tidak ada apa-apa pangkat atau tiada ilmu yang lebih dalam agama sekalipun, tetap kita sayangkan mereka sebab dalam dalam mereka ada darah Rasulullah SAW.

“Tetap sayang dan doakan mereka sekalipun kita ada isu dengan Syed Syarifah (yang menguji kita), tetap sayang dan doakan mereka serta kembalikan (mereka) ke jalan yang benar,” katanya menerusi video live TikTok.

Hana yang bakat pengacaraan mula dicungkil menerusi program On Air juga memberi contoh sekiranya anaknya, Fatma Nour membesar suatu hari nanti dan melakukan kesilapan, mohon ditegur dengan baik.

Semalam, Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful Jamalullail, 29, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Syed didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini kira-kira pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. K Online

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim

Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak

Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker