Muafakat Nasional Sabah bubar, Annuar Musa kata wujud lagi

KOTA KINABALU: Tan Sri Annuar Musa menegaskan Muafakat Nasional selaku badan bukan kerajaan (NGO) masih lagi wujud dan berfungsi di Sabah.

Presiden Muafakat Nasional itu berkata, Pengerusi NGO itu di Sabah, Jismit Japong tiada kuasa untuk membubarkan organisasi terbabit di negeri berkenaan.

Katanya, tiada sesiapa pun mempunyai kuasa untuk membubarkan Muafakat Nasional Sabah kerana pelantikan ahli jawatankuasa (AJK) peringkat negeri dibuat Pusat dan bukannya oleh Pengerusi negeri.



“Saya terbuka dan sedia jumpa AJK. Muafakat Nasional Sabah masih diteruskan macam biasa,” katanya ketika sidang media selepas Konvensyen PAS Sabah, di sini, hari ini

Beliau mengulas tindakan Jismit mengumumkan pembubaran Muafakat Nasional Sabah selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Annuar selaku Presiden.

Mengulas lanjut, Annuar berkata tindakan dilakukan Jismit itu hanya membabitkan soal individu dan bukannya organisasi Muafakat Nasional secara keseluruhan.

“Apa yang penting Muafakat Nasional membuat khidmat, tetapi semalam sudah disahkan Timbalan Pengerusi (Muafakat Nasional negeri) mahu meneruskan, begitu juga Naib Pengerusi dan ramai lagi AJK,” katanya.



Tambah beliau lagi, kenyataan Jismit bahawa Muafakat Nasional Sabah hilang kepercayaan terhadap beliau lebih bersifat politik dan menggambarkan cubaan untuk menjadikan organisasi itu sebagai saluran politik.

“Sebenarnya, dua minggu lalu Pengerusi Muafakat Nasional Sabah hantar minit mesyuarat kepada saya mencadangkan untuk Muafakat Nasional menjadi Parti Muafakat Nasional.

“Dua minggu lalu kuat sekali kepercayaan dia kepada saya… selepas dua minggu, tiba-tiba tak percaya.

“Jadi saya nak tahulah apa yang percaya itu dan kenapa selepas itu tak percaya,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kamu pendakwah, perbuatan itu tak diterima akal – Hakim



Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.

Adik nampak bapa rogol kakak



Ikut hati, saya saman Pan Gon – Hamidin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker