‘Saya Wiwi Darvinda meminta maaf kepada Puteri Sarah’

‘Saya Wiwi Darvinda meminta maaf kepada Puteri Sarah’

Tidak mahu memanjangkan kes, pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur.

Peguam mewakili Sarah atau Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, Datuk Akberdin berkata, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif bersama defendan.



Ketika prosiding berlangsung, bekas menantu pelakon Kazar Saisi itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sarah.

“Saya Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan meminta maaf atas hantaran Instagram yang dibuat pada 24 Ogos 2023,” katanya.

Dalam draf pernyataan, peguam turut memaklumkan, pihak defendan dan plaintif bersetuju untuk tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform media sosial.

Bukan itu sahaja, Wiwi juga bersetuju untuk akur dengan syarat memuat naik permohonan maaf di laman sosial dalam tempoh tujuh hari di samping berjanji
tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform.



“Pihak mereka sudah menghubungi kami selama beberapa bulan dan kami terima tawaran yang diberikan untuk menyelesaikan kes secara baik sebab dia sudah rasa insaf dan kesal.

“Pihak defenden juga bersetuju memuat naik pemohonan maaf dan menarik balik enam tuduhan dan fitnah dikeluarkan. Apa yang penting dia sedar bahawa apa yang dikatakan itu tidak berlaku,” kata Akberdin kepada Kosmo! Online.

September tahun lalu, Puteri Sarah menerusi Instagram memuat naik penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Dalam kenyataan tersebut, Wiwie dikatakan menjaja cerita tidak benar tentang Sarah berhubung keputusan pelakon itu menarik saman terhadap Ira Kazar.



Penyata tuntutan itu dibuat menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu. K Online

‘Saya Wiwi Darvinda meminta maaf kepada Puteri Sarah’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker