Najib jumpa saya minta tidak dibebaskan, cuma mahu perbicaraan adil – Ismail Sabri

Najib jumpa saya minta tidak dibebaskan, cuma mahu perbicaraan adil – Ismail Sabri

Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Najib Razak tidak pernah meminta untuk dibebaskan daripada pertuduhan kes yang dihadapinya di mahkamah.

Bercakap dalam program Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dihoskan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, bekas naib presiden Umno itu berkata, Najib tidak pernah meminta bantuannya berhubung kes SRC International.



Sebaliknya, kata Ismail Sabri, bekas presiden Umno itu hanya mahu perbicaraan adil diberikan kepadanya.

“Ramai orang luar tidak tahu bahawa Najib (ketika) jumpa saya (dia) tidak minta dibebaskan. Dia hormat kepada mahkamah,” katanya.

Najib dipenjarakan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya ketika pentadbiran Ismail Sabri pada Ogos 2022, yang mencetuskan kemarahan penyokong “Bossku” itu.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak campur tangan urusan mahkamah kerana ia boleh menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke negara ini.



“Kalau mahkamah kita boleh masuk campur, bagaimana persepsi luar? Kononnya mahkamah kita boleh disusun jadi tak ada siapa akan datang melabur di negara kita.

“Pelabur kalau ditipu ke mana mereka nak hadapkan (pesalah), sebab mahkamah Malaysia tidak boleh pakai. Kita bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI), kalau mahkamah dikawal oleh kerajaan tak ada siapa akan percaya kepada kita.

“Bagi saya dengan Najib, kita bagi perbicaraan yang adil. Orang kata saya masukkan dia dalam penjara, tak betul itu keputusan Mahkamah Tinggi yang menentukan,” katanya lagi.

Mengakui bahawa Najib masih mendapat sokongan padu dalam Umno, dia berkata ketua penerangan parti itu, Azalina Othman Said telah ditugaskan untuk mendapatkan pengampunan penuh untuknya daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.



“Saya harap adalah kalangan daripada kita (Umno) menghadap Yang di-Pertuan Agong minta supaya adendum itu dibawa semula ke dalam mesyuarat (Lembaga Pengampunan) agar Najib boleh menjalani tahanan di rumah.

“Ataupun Lembaga Pengampunan diminta supaya Najib dapat pengampunan penuh daripada Agong. Kalau (kes masih) di mahkamah dari Mahkamah Tinggi hingga peringkat seterusnya ada sembilan hakim. Tak mudah.

“Saya harap boleh buat sesuatu, saya juga harap kepimpinan terutama Azalina yang satu ketika dahulu begitu garang, menghadap merayu kepada Agong,” katanya lagi. Mk

Najib jumpa saya minta tidak dibebaskan, cuma mahu perbicaraan adil – Ismail Sabri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong



Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib



Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker