PROTON e.MAS 7 buat kemunculan pertama 31 Ogos ini

PROTON e.MAS 7 buat kemunculan pertama 31 Ogos ini

PROTON e.MAS 7 akan membuat penampilan awam pertamanya semasa perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Model kenderaan elektrik (EV) pertama jenama automotif nasional itu dipratonton kepada media pada 2 Ogos lalu, menjelang pelancarannya pada hujung tahun ini.



Ia akan muncul dengan motif penyamaran khas mewakili warna Jalur Gemilang, sebagai sebahagian daripada kontinjen 25 kereta yang menampilkan pelbagai model Proton.

PROTON, yang kini berusia 41 tahun, merupakan sebahagian penting dalam sejarah Malaysia dan kisah perindustrian ekonomi negara.

Barisan 25 kereta syarikat akan merangkumi pelbagai model, bermula dari Proton Saga asal hingga Proton X70 2025, yang baru dilancarkan dua minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata e.MAS 7 bukan sahaja EV pertama PROTON, tetapi ia juga merupakan model Proton pertama yang dibangunkan secara serentak dengan pasukan di Geely.



Beliau berkata, ini membolehkan masa pengeluaran yang lebih singkat untuk versi pemanduan sebelah kanan (RHD) dan juga menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi serta perkongsian kos pembangunan.

Katanya, bukti kejayaan akhir usaha ini adalah penerimaan pembeli di Malaysia dan pasaran eksport PROTON dan

bagi memastikan hasil yang positif, setiap langkah dalam pembangunan, pemasaran, jualan, serta perkhidmatan selepas jualan bagi model ini telah diberi perhatian penuh oleh PROTON.

“Sambil meraikan masa lalu kami, PROTON juga prihatin untuk melihat ke masa hadapan industri automotif. Oleh itu, kami telah mengambil keputusan untuk menyertakan PROTON e.MAS 7 dalam barisan perarakan walaupun ia belum dilancarkan, untuk membolehkan orang awam melihat model EV pertama syarikat dengan lebih dekat.



“Oleh kerana model ini bukan kenderaan pengeluaran akhir, ia akan dipamerkan dengan menggunakan motif penyamaran, tetapi dalam semangat Hari Kebangsaan, kami telah memilih warna-warna yang mewakili bendera Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain penampilannya di perarakan, aktiviti pengujian dan penyesuaian iklim untuk PROTON e.MAS 7 telah semakin giat dijalankan selepas kemunculan sulungnya kepada media.

Kereta ujian yang disamarkan sering kali dilihat oleh orang ramai kerana program pengujian ketahanan, pengecasan, pemanduan, dan perisian terus dijalankan untuk memastikan EV nasional pertama Malaysia memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan masa depannya. BH

PROTON e.MAS 7 buat kemunculan pertama 31 Ogos ini



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker