Krisdayanti buat pusingan U

Krisdayanti buat pusingan U

MENCETUSKAN kejutan apabila memberi bayangan mahu menarik diri daripada pemilihan Wali Kota Batu, Jawa Timur, diva terkenal, Krisdayanti kemudian membuat pusingan U.

Selepas berkongsi keinginan menarik diri dalam media sosialnya, pelantun lagu Menghitung Hari itu mengadakan sidang media di kediamannya pada 23 Ogos lalu.



Di hadapan wakil media, Krisdayanti memutuskan untuk menarik balik hasrat menarik diri dan sedia bertanding bagi pemilihan Wali Kota Batu (Pilwali) 2024.

“Saya sepakat untuk terus maju dalam pencalonan Wali Kota Batu mengikut arahan pimpinan PDI Perjuangan (PDIP), Ketua Umum Megawati Soekarnoputri,” katanya.

Isteri kepada penyanyi Anang Hermansyah itu juga menjelaskan hantaran dalam Instagram yang mencetuskan spekulasi mengenai pengundurannya hanya disebabkan hal peribadi selain ingin beri keutamaan kepada keluarga.

“Saya memohon maaf apabila hantaran saya menimbulkan kebimbangan. Tapi itu adalah hal manusiawi saya,” tambahnya.



Krisdayanti juga menyampaikan terima kasih atas sokongan masyarakat Kota Batu yang berharap dirinya terus maju dalam pilihan raya itu. K Online

Krisdayanti buat pusingan U

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam



Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker