Ahli berpiket bantah tindakan bank kendali kes gangguan seksual

Ahli berpiket bantah tindakan bank kendali kes gangguan seksual

IPOH: Kira-kira 100 ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mengadakan piket di hadapan sebuah bank di Bercham, hari ini bagi memprotes tindakan syarikat itu dalam mengendalikan kes gangguan seksual membabitkan pekerjanya.

Setiausaha NUBE, J Solomon berkata, piket aman itu bertujuan menarik perhatian umum terhadap nasib mangsa yang berusia 38 tahun itu dan menuntut tindakan segera serta adil daripada pihak pengurusan tertinggi bank itu.



“Pada Oktober 2021, mangsa membuat aduan rasmi kepada bank, melaporkan bahawa penyelianya menghantar mesej yang bersifat seksual dan tidak senonoh kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa sudah meminta penyelianya itu menghentikan hantaran mesej jelik, namun penyelia itu terus mengancam dan memberikan tekanan seperti memaki mangsa di hadapan pelanggan.

“Selepas NUBE mendedahkan gangguan berterusan itu pada bulan ini, pihak bank menghubungi mangsa bukan untuk mengambil tindakan terhadap pelaku tetapi kononnya untuk menjalankan siasatan baru,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Solomon berkata, mangsa sudah membuat laporan polis baru-baru ini demi keselamatan dirinya.



“Pada 20 Ogos lalu, mangsa enggan menghadiri siasatan yang diatur pihak atasan bank dan menegaskan bahawa perkara ini perlu diselesaikan di peringkat nasional.

“Sebagai tindak balas, bank menggantung tugas mangsa, secara tidak langsung menghukum mangsa dengan cara tidak adil,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan dibuat oleh kakitangan bank terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.



“Polis akan memanggil (individu yang berkenaan) untuk diambil keterangan melihat sejauh mana kebenaran tohmahan itu,” katanya. BH

Ahli berpiket bantah tindakan bank kendali kes gangguan seksual

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker