Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Dianggap melampau dan memalukan, pelakon Zarina Zainuddin bagaimanapun menjelaskan tindakannya menceritakan tentang keadaan alat sulit anak lelakinya, Azal adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang autisme.

Kata Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 53, perkongsiannya dalam video sebelum ini bertujuan untuk menceritakan reaksi anak autisme berdepan dengan seksualiti mereka.



Malah, Zarina turut memberitahu dia pernah berdepan dengan keadaan apabila payudaranya dipegang oleh anak autisme.

“Orang cakap saya bodoh kerana pergi buka aib anak. Kalau saya buka aib anak buka seluar tunjuk benda tidak senonoh. Kalian semua perlu faham anak seperti ini lurus dan mereka akan menceritakan perkara yang benar.

“Saya juga ada menasihati dia agar tidak menonton perkara yang tidak senonoh. Saya nak cerita payudara saya juga pernah kena ‘ramas’ dengan anak autisme yang bukan anak saya. Saya terkejut, tetapi apa daya saya kerana anak itu tidak tau apa-apa.

“Sebab itu saya tekankan untuk anak autisme ini. Di luar sana ada banyak anak-anak syurga yang berdepan dengan masalah sama.



“Orang normal akan cakap benda ini kotor, tetapi bagi kami ibu bapa yang ada anak autisme ini bagaimana hendak terangkan kepada masyarakat,” katanya.

Dalam perkongsian Instagram itu juga, Zarina meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak yang mengaitkan perkara tersebut dengan masa lalunya.

Pelakon filem Ringgit Kasorrga itu turut memohon maaf terhadap pihak yang tersinggung dan menganggap tindakannya keterlaluan.

“Saya mohon maaf kalau perkataan keras dan gajah itu mencarut, carilah dalam kamus. Siapa yang otak kuning, saya atau anda sendiri. K Online



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker