Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir – Peguam

Syamsul, Ira gagal hadir, mahkamah beri tarikh baharu hari ini

Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir – Peguam

PENGARAH sensasi Syamsul Yusof dan isteri, Ira Kazar tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Selangor pada Selasa bagi sebutan kes perceraian mereka.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais.



“Sepatutnya hari ini (Selasa) sebutan kes tuntutan cerai, perceraian dengan kebenaran mahkamah. Saya dimaklumkan Ira tidak hadir kerana dia baru lantik peguam, jadi Syamsul juga tidak hadir.

Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir. Itu yang dimaklumkan kepada saya.

“Kalau boleh kes mahkamah ini nak dipercepatkan bukan dilambatkan,” katanya kepada HibGlam.

Susulan itu, Azmi berkata mahkamah akan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian Syamsul dan Ira.



Hari ini mahkamah akan bagi tarikh baharu untuk sebutan yang kedua. Andai kes cerai ini Ira tak setuju, pasangan tersebut perlu melalui prosedur JKP (Jawatankuasa Pendamai),” katanya.

Pada 16 Ogos lalu lalu, Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, menggejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada kesefahaman.

Imbas kembali, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.



Rentetan itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. HG

Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir – Peguam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam



Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker