Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines
Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines
Bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong telah memberitahu penyandangnya Anthony Loke supaya tidak bertindak balas keterlaluan dengan menuduhnya cuba menyebabkan orang lain “panik”.
Dalam satu kenyataan di media sosial hari ini, Wee meminta Loke menunjukkan kesalahan dalam kenyataannya apabila menyifatkan Malaysian Airlines (MAS) dilihat mengalami krisis keyakinan selepas sekurang-kurangnya lapan insiden, termasuk pendaratan kecemasan dan masalah teknikal, membabitkan pesawat MAS.
“Wahai Anthony, sila tunjukkan di mana fakta salah tentang tulisan saya ini? Mana satu ayat yang kononnya saya menuduh bukan-bukan tentang Malaysia Airlines sehingga boleh menimbulkan situasi panik? Ayat mana yang dikatakan saya mempersoalkan profesionalisme syarikat penerbangan kita?
“Kalau Wee Ka Siong dikatakan ‘kasi panik atau buat panik’, bagaimana pula keluhan insan lain yang secara kebetulan sama nadanya?” soal Wee.
Dia menyeru Loke untuk melihat reaksi pengguna media sosial dan bertanya sama ada mereka juga boleh dituduh menyebabkan panik.
“Apabila sudah melihat apa yang berlaku ini, lebih-lebih lagi ia melibatkan keselamatan dan nyawa manusia, maka ambillah tanggungjawab serta mententeramkan keadaan.
“Siapa yang perlu ambil tanggungjawab? Jawapannya sudah tentulah Kementerian Pengangkutan selaku badan yang mengawal selia sektor penerbangan dan pihak MAG (Malaysia Aviation Group) selaku pemilik Malaysia Airlines.
“Kedua-dua pihak perlu tampil ke hadapan menerangkan dengan jelas apa tindakan yang sudah, sedang dan akan diambil demi menyakinkan orang awam dan penumpang. Itu saja,” kata Wee.
Loke sebelum ini mengingatkan Wee supaya tidak menimbulkan panik meski mengakui terdapat kebimbangan di kalangan orang ramai.
Dia berkata tidak perlu mempersoalkan profesionalisme MAS dan MAG dalam menangani situasi sebegitu.
““Kita sentiasa percaya pada mereka untuk memastikan semua perkara berjalan dengan selamat.
“Kita juga sudah tentu tidak meremehkan kebimbangan itu,” katanya semalam.
Wee mengulangi bahawa keyakinan dan keselamatan penumpang mesti diutamakan.
Tambahnya, perlu anjakan paradigma untuk melihat semula aspek penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih untuk semua pesawat Malaysia Airlines.
“Kalau penumpang pun berasa was-was, adakah ia membawa kebaikan kepada MAG? Fikir-fikirkanlah.
“Relakslah brother. Tenangkan fikiran, jangan marah-marah, buat yang terbaik untuk memulihkan keyakinan penumpang terhadap Malaysia Airlines. Itu saja,” katanya lagi. Mk
Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines
Baca Artikel Menarik:
- Kepong, Kampung Baru, Ampang dan Pandan Jaya berisiko tinggi lubang benam
- Kutty bukan nama saya – Mahathir
- Hadi kekal melabel kerajaan pusat lebih teruk dari Dajal
- Fathia Latiff 3 bulan di pusat pemulihan sebab kuat berparti
- Isteri jurutera hilang rayu suami pulang
- Muhyiddin akan didakwa esok
- Laporan polis dakwa artis pukul pembantu peribadi tular
- Sebab Ronaldo enggan bertatu
- Exco PAS ‘terkejut’ penerjun Muslim wakili Terengganu di Sukma
- PH perlukan BN di sebalik cita-cita Umno
- Pengantin lelaki hanya sebatang kara hadiri majlis perkahwinan
- TLDM sahkan KD Pendekar tenggelam sepenuhnya
- ‘Jangan lupa ada PASDAP, BersaDAP terlebih dahulu’
- Sempat suap bapa makan sebelum meninggal – Anak arwah M Rizal
- Sanusi completes PhD in London
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36
Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.