PAS bersolidariti bersama Muhyiddin

Tuan Ibrahim perlu nyata pendirian PAS, setujukah dengan apa yang dilakukan Muhyiddin?

PAS bersolidariti bersama Muhyiddin

PAS menafikan laporan tiada pemimpin parti itu hadir ke Mahkamah Gua Musang untuk memberi sokongan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang didakwa atas tuduhan menghasut.

Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS tetap bersolidariti dengan Muhyiddin menerusi kehadiran Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan, pimpinan PAS Perak serta penyokong parti yang lain.



“PAS kesal dengan laporan dikeluarkan itu. Jelas berbohong dan cuba melaga-lagakan PN.

Kita mempersoalkan beliau (Muhyiddin) dituduh bawah Akta Hasutan yang selama ini dibantah habis-habisan oleh Pakatan Harapan, namun mereka menggunakannya apabila berkuasa, katanya kepada FMT.

Terdahulu, laporan sebuah portal mendakwa PAS seolah-olah ‘menjauhkan diri’ dalam isu tersebut apabila tiada pemimpin parti hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan kepada Muhyiddin.

Beberapa pemimpin Bersatu termasuk Setiausaha Agung Hamzah Zainudin, Ketua Penerangan Azmin Ali dan Naib Presiden Radzi Jidin dilihat hadir ke mahkamah.



Sementara itu, Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad memberitahu antara pemimpin parti yang hadir ke mahkamah termasuk Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria dan pimpinan PAS kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai ketidakhadiran pemimpin utama PAS di mahkamah.

Muhyiddin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan itu berkaitan ucapannya yang dibuat ketika berkempen pada PRK Nenggiri di Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan, pada 14 Ogos. FMT



PAS bersolidariti bersama Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO bukan parti abah saya



Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam

Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36



Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker