Jepun gerakkan pesawat tempur hadapi China
Jepun gerakkan pesawat tempur hadapi China
TOKYO: Kementerian Pertahanan Jepun memaklumkan pihaknya telah menggerakkan pesawat tempur untuk menghadapi sebuah pesawat perisikan China yang telah menceroboh ruang udaranya selama beberapa minit, hari ini.
Kementerian berkenaan berkata, ini adalah kali pertama pesawat tentera China menceroboh ruang udara Jepun, dan kerajaan sudah mengemukakan bantahan tegas kepada Beijing melalui saluran diplomatik.
Pesawat itu dikenalpasti sebagai pesawat perisikan Y-9 yang terbang di atas Kepulauan Danjo ke barat pulau selatan Kyushu antara sekitar pukul 11:29 pagi dan 11:31 pagi.
Setakat ini, tiada sebarang komen daripada pihak berkuasa China berhubung insiden itu.
Media tempatan termasuk NHK melaporkan insiden itu adalah pencerobohan yang pertama oleh pesawat tentera China di ruang udara Jepun.
Kementerian berkata tindakan di ambil Angkatan Pertahanan Diri (SDF) termasuk memerikan amaran kepada pesawat berkenaan namun tidak menggunakan sebarang senjata termasuk suar sebagai bentu amaran.
Mengulas lanjut, timbalan Menteri Luar, Masataka Okano memanggil pemangku Duta China ke Jepun, lewat petang hari ini dan mengemukakan “bantahan keras” kepada pegawai itu.
“…juga menggesa agar langkah diambil untuk mencegah daripada berulangnya kejadian itu, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.
Sebagai reaksi, Diplomat China itu menyatakan beliau akan melaporkan perakra itu kepada Beijing,
Sebelum ini, kapal Jepun dan China terbabit dalam insiden tegang di kawasan yang dipertikaikan, terutamanya di kepulauan Senkaku di Laut China Timur, yang dikenali oleh Beijing sebagai Diaoyus.
Rangkaian kepulauan terpencil ini telah mencetuskan ketegangan diplomatik dan menjadi lokasi konfrontasi antara kapal pengawal pantai Jepun dan bot-bot nelayan China.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Beijing semakin tegas mengenai tuntutannya terhadap kepulauan itu dengan Tokyo melaporkan kehadiran kapal-kapal pengawal pantai China, kapal laut, dan bahkan kapal selam berkuasa nuklear.
Pada masa lalu, dua pesawat bukan tentera dari China – sebuah pesawat kipas dan sebuah dron kecil – telah disahkan menceroboh ruang udara Jepun berhampiran kepulauan Senkaku pada tahun 2012 dan 2017, menurut NHK.
Beijing menuntut Laut China Selatan – yang menjadi laluan perdagangan bernilai bertrilion dolar setiap tahun – hampir keseluruhannya walaupun mahkamah antarabangsa telah memutuskan bahawa tuntutannya tidak mempunyai asas undang-undang.
Kepulauan Danjo adalah kumpulan pulau kecil yang terletak di Laut China Timur, di luar kawasan Nagasaki selatan Jepun.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jepun telah memperkukuh hubungan keselamatan dengan Amerika Syarikat untuk menentang ketegasan China yang semakin meningkat di rantau ini, meningkatkan perbelanjaan pertahanan, dan bergerak untuk memperoleh keupayaan “serangan balas”.
Pada masa yang sama, Jepun telah memperkukuh hubungan ketenteraan dengan Filipina, yang juga terlibat dalam ketegangan wilayah baru-baru ini, serta Korea Selatan. BH
Jepun gerakkan pesawat tempur hadapi China
Baca Artikel Menarik:
- Kepong, Kampung Baru, Ampang dan Pandan Jaya berisiko tinggi lubang benam
- Kutty bukan nama saya – Mahathir
- Hadi kekal melabel kerajaan pusat lebih teruk dari Dajal
- Fathia Latiff 3 bulan di pusat pemulihan sebab kuat berparti
- Isteri jurutera hilang rayu suami pulang
- Muhyiddin akan didakwa esok
- Laporan polis dakwa artis pukul pembantu peribadi tular
- Sebab Ronaldo enggan bertatu
- Exco PAS ‘terkejut’ penerjun Muslim wakili Terengganu di Sukma
- PH perlukan BN di sebalik cita-cita Umno
- Pengantin lelaki hanya sebatang kara hadiri majlis perkahwinan
- TLDM sahkan KD Pendekar tenggelam sepenuhnya
- ‘Jangan lupa ada PASDAP, BersaDAP terlebih dahulu’
- Sempat suap bapa makan sebelum meninggal – Anak arwah M Rizal
- Sanusi completes PhD in London
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36
Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]