Pakai baju tidur saya sesuka hati, perangai kampung mana ni?

Uqasha Senrose dedah ‘tembelang’ pembantu peribadi

Pakai baju tidur saya sesuka hati, perangai kampung mana ni?

Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan ‘tembelang’ pembantu peribadi yang tidak sedar dek untung apabila individu terbabit menuduh melakukan serangan fizikal sewaktu berkhidmat dengannya.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nik Sen, 32, mempunyai segala kukuh bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh wanita berkenaan.



“Saya ambil awak bekerja tanpa bertanya sejarah awak. Layan dengan baik siap duduk rumah macam rumah sendiri.

“Dari bulan Oktober sampai bulan Jun saya tiada penggambaran pun tapi gaji bulanan tetap beri tanpa dipotong tapi sebab terlalu selesa, ini balasan dia pada saya?

“Dia ingat fitnah dan aib yang cuba buat dia buat sekarang ni akan berjaya? Dengan banyak hutang dan pinjam duit sana sini, siapa yang dahulukan? Saya tak cakap kosong, saya cakap sekali dengan bukti,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Dalam pada itu, Uqasha turut berkongsi kebiadaban bekas pembantu peribadinya yang sesuka hati masuk ke bilik tidur serta pernah memakai pakaiannya tanpa pengetahuan.



“Pertama sekali masuk bilik tidur peribadi saya tanpa kebenaran dan macam mana dia tahu ada duit banyak dalam bilik pun saya tak tahu. Dah ada pembantu rumah kemaskan bilik saya kenapa dia juga nak masuk kemas bilik saya?

“Tambah pula dia main pakai baju tidur saya sesuka hati? Perangai kampung mana ni?

“Selepas itu mula mengadu domba bekas majikan tolak daripada ambil dia bekerja,” jelasnya.

Sejak minggu lalu, nama Uqasha dikaitkan dengan isu seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi sehingga menjadi perbualan hangat netizen dalam media sosial.



Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Kamal Adli itu menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan dia tidak tergamak melakukan hal sebegitu. HG

Pakai baju tidur saya sesuka hati, perangai kampung mana ni?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



UMNO bukan parti abah saya

Pesta ‘clubbing’ di hadapan masjid biadap dan dikecam



Fenomena ‘Barkoba’ datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

Filem lucah terpapar pada ruang iklan awam gemparkan penduduk [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker