Kemenangan Nenggiri bukan ukuran Melayu telah kembali kepada UMNO

Ketika seorang pemimpin Umno menyifatkan kemenangan ‘Awie’ di Nenggiri hadiah paling mahal untuk diraikan akar umbi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 bermula hari ini, penganalisis pula memberi amaran sebaliknya.

Penganalisis berpendapat Umno tidak boleh terlalu terbuai dan mengandaikan sokongan Melayu sudah kembali hanya berdasarkan kemenangan PRK Nenggiri-terletak di negeri dikuasai PAS.

Umno boleh berbangga kemenangan di Nenggiri dengan kembalinya sokongan orang Melayu tetapi acuan itu tidak boleh digunakan 100% di PRK Mahkota atau di nasional (PRU) kerana setiap kawasan ada strategi berbeza,

 kata Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan kepada FMT.



Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi menggambarkan Dewan Merdeka – lokasi keramat untuk akar umbi mendengar amanat presiden parti Zahid Hamidi sudah pasti akan ‘gegak gempita’ dengan ‘kemanisan’ di Nenggiri.

Di sebalik mood positif itu, Puad mengingatkan PRK Mahkota pada 28 Sept ini akan menjadi medan seterusnya untuk Umno merangka ‘acuan kemenangan’ pada PRU16, selepas mengalami keputusan mengecewakan dalam dua PRU sebelum ini.

Namun, Azmi memuji ketegasan Tengku Razaleigh Hamzah selaku pengarah pilihan raya BN PRK Nenggiri yang ‘menghalang’ DAP berkempen, disifatkan sebagai tindakan berani.

Malah, pengumuman Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki yang pemimpin dalam kerajaan perpaduan tidak dijemput ke PAU 2024 juga seolah-olah memulihkan ‘semangat’ ahlinya yang sebelum ini ‘termakan’ dengan hasutan pihak lawan mengenai kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP.



Strategi ini dikatakan menaikkan semangat akar umbi bahawa Umno berani menongkah arus atau menegur rakan mereka dalam kerajaan perpaduan,

 katanya.

PRK Nenggiri berlangsung 17 Ogos lalu menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 3,352 undi, sekali gus merampas semula kerusi dimenangi PAS pada PRN Ogos tahun lalu.

Daripada sembilan PRK — Kuala Terengganu, Simpang Jeram, Pulai, Pelangai, Jepak, Kemaman, Kuala Kubu Baharu dan Sungai Bakap – yang diadakan selepas PRU15, Nenggiri adalah PRK pertama yang keputusannya dirampas daripada penyandang terdahulu.



Semalam, Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani dilaporkan berkata kemenangan itu membuktikan kejayaan boleh dicapai jika jentera Umno bersatu, namun beliau menyifatkan terlalu awal menilai sokongan terhadap parti itu.

parti itu bergerak solo pada PRU16. Namun, ketika Umno merasakan sokongan orang Melayu sudah beransur pulih terhadapnya, Azmi berpandangan Umno dan BN masih memerlukan ‘bantuan’ PH di kerusi bercampur dalam usahanya kembali menjadi parti Melayu dominan.

Bukan petunjuk

Sementara itu, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berpandangan Umno perlu berpegang kepada hakikat bahawa kemenangan dalam sesebuah PRK bukan petunjuk ‘gelombang hijau’ sudah berakhir, dan sokongan kembali kepada mereka sepenuhnya.

Mazlan Ali.
Mazlan Ali.

Nenggiri tidak boleh dijadikan asas untuk nyatakan pengaruh PAS dan Perikatan Nasional (PN) telah luntur. Umno perlu bekerja keras berjumpa akar umbi untuk kembalikan keyakinan mereka supaya boleh kembali sebagai sebuah parti dominan,



 katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan PRK Nenggiri sebagai agak ‘luar biasa’ mengambil kira ramai ahli Umno kembali ke pangkuan parti itu, selain peningkatan sokongan orang muda dan Orang Asli.

Seperti Azmi, Mazlan turut menjangkakan kerjasama BN-PH diperdebatkan walaupun Asyraf sebelum ini memaklumkan tidak banyak usul mahu membincangkan keberadaan Umno dalam kerajaan perpaduan.

Kemungkinan dalam PAU ada perwakilan lebih menerima hubungan ini dalam konteks strategi Umno dan menguatkan kembali parti…ketika ini tiada cara lain melainkan memilih bersama PH,



 katanya.

PAU 2024 berlangsung selama empat hari sehingga Sabtu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker