Tuan Ibrahim sokong Muhyiddin disiasat

Tuan Ibrahim sokong Muhyiddin disiasat

Perikatan Nasional (PN) Pahang menyokong usaha menjalankan siasatan yang adil terhadap ucapan kontroversi Muhyiddin Yassin ketika berkempen di PRK Nenggiri baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata gabungan itu turut menggesa isu tersebut tidak seharusnya dipolemikkan.



“Adun PN Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berhubung ucapan Muhyiddin semasa berkempen di Nenggiri, agar satu siasatan yang adil dijalankan atas dakwaan tersebut.

Kami meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan tugas mereka dan semua pihak tidak perlu menimbulkan polemik serta hendaklah akur terhadap titah tuanku, katanya yang juga timbalan presiden PAS dalam kenyataan.

Semalam, Tengku Hassanal murka dengan kenyataan Muhyiddin dalam kempen di Nenggiri baru-baru ini yang turut menyentuh berhubung pelantikan perdana menteri selepas PRU15 lalu.

Baginda bertitah, kenyataan Muhyiddin itu secara sengaja dan sinis telah memperlekeh peranan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.



Tengku Hassanal menggesa polis mengambil tindakan yang tegas tanpa kompromi terhadap Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen isu 3R.

Polis dijadual merakam keterangan Muhyiddin hari ini di ibu negara, namun terpaksa ditunda esok berikutan peguamnya berada di Thailand.

Bekas perdana menteri itu sepatutnya memberi keterangannya di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) pada 11 pagi tadi.

Polis juga telah menerima 30 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu. FMT



Tuan Ibrahim sokong Muhyiddin disiasat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu



Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker