Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
Jadilah anak jantan, kata Rayer pada Wan Fayhsal
Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membidas Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kerana menyalahkan media rasmi PKR, Suara Keadilan yang didakwa menyunting klip video ucapan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin.
Rayer turut mengulas tindakan Muhyiddin mempertahankan kenyataan dibuatnya di Felda Perasu, Kelantan, semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, yang menimbulkan kemarahan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
“Wan Ahmad Fayhsal sepatutnya jadi anak jantan, berhenti menyalahkan orang lain dan beritahu Muhyiddin untuk juga menjadi anak jantan dan berdepan pertuduhan di mahkamah jika betul ucapannya ialah fakta seperti didakwa.
“Muhyiddin kemudiannya boleh membela diri apabila didakwa di mahkamah jika ucapannya itu benar.
“Malah, polis kini patut menyiasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu,” tambah Rayer.
Dia mengulas kenyataan Wan Fayhsal selepas satu laporan polis dibuat terhadap Suara Keadilan pagi ini.
Laporan itu dibuat Pengarah Pilihan Raya Pemuda PN, Akmal Zahin Zainal Zahir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Laporan itu mendakwa portal berkenaan menerbitkan klip video yang disunting dengan niat jahat untuk mencemarkan nama baik Muhyiddin selaku pengerusi PN
Ucapan Muhyiddin baru-baru ini menimbulkan kemarahan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam satu kenyataan Tengku Hassanal berkata ucapan Muhyiddin bersifat sinis, memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih perdana menteri.
Dalam ucapan pendek tersebar itu, Muhyiddin dilaporkan menyebut bahawa agong sebelum ini tidak mengundangnya mengangkat sumpah perdana menteri walaupun dia mempunyai sokongan cukup anggota parlimen.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain memaklumkan polis telah menerima 29 laporan berhubung isu itu, dan bekas perdana menteri itu akan dipanggil untuk memberi keterangan esok. Mk
Polis patut siasat Pemuda Bersatu kerana membuat laporan palsu – Rayer
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Hassanal gesa polis ambil tindakan terhadap Muhyiddin
- Tolong respek suami saya raja saya – Tunku Azizah
- Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024
- Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis
- Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah
- Ingat aku gangster ke? – Uqasha
- Ruhainies minta pelihara hatinya
- Aura Tengku Hassanal, Sarawak dan Pahang ibarat sepupu
- Pukul pemandu OKU: Anggota dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan lain – KPN
- Muhyiddin keterlaluan
- Myvi terbabas rempuh pokok pisang, pemandu maut
- Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari
- Senjata makan diri
- Bukit Aman akan panggil Muhyiddin Selasa ini
- Netizen Indonesia buat hal, ‘claim’ persembahan LIMA’23 sebagai persembahan hari kebangsaan Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu
Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)
Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)