Mayat disahkan ibu dan anak, dipercayai dibunuh

Suami ditahan polis.

Mayat disahkan ibu dan anak, dipercayai dibunuh

ALOR SETAR: Dua mayat yang ditemui dalam longkang di belakang bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala, di sini semalam, disahkan adalah dua beranak.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata mayat wanita berusia 34 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu ditemui kira-kira jam 5 petang semalam.



Beliau berkata, mayat dua beranak itu ditemui orang awam sebelum menghubungi pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 5.04 petang.

“Sejurus menerima laporan, pasukan penyiasat digerakkan ke lokasi untuk melakukan siasatan awal.

“Siasatan di lokasi mendapati kedua-dua mayat yang lengkap berpakaian tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain di dalam longkang kecil.

“Mereka ditemui dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mayat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.



Siti Nor Salawati berkata, mayat kedua-dua beranak yang dipercayai warganegara asing itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi tujuan bedah siasat.

Beliau berkata, berdasarkan risikan pantas yang dilakukan, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun yang dipercayai bapa dan suami mangsa pada jam 9 malam tadi di Masjid Bukit Pinang, di sini.

“Tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Alor Setar esok bagi tujuan permohonan tahanan reman untuk meneruskan siasatan.

Beliau berkata, polis meminta kerjasama orang ramai yang ada maklumat supaya tampil memberi keterangan di mana-mana balai polis berhampiran, atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Setar, Asisten Superintendan Faizul Izuan Harun di talian 04-7747222.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. BH

Mayat disahkan ibu dan anak, dipercayai dibunuh

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)



‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker