Kontroversi Muhyiddin: Bersatu salahkan Suara Keadilan
Kontroversi Muhyiddin: Bersatu salahkan Suara Keadilan
Pemuda Bersatu hari ini menyalahkan lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, sebagai punca Muhyiddin Yassin menjadi sasaran kemarahan orang ramai.
Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal malah berkata Suara Keadilan sudah melakukan perbuatan sebegitu untuk mencetuskan ketegangan beberapa kali sebelum ini.
“Punca berlaku ketegangan, puncanya bukan kami (Bersatu).
“Puncanya Suara Keadilan, portal yang menghasut dan memfitnah Muhyiddin Yassin, memfitnah PN,” katanya kepada media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu Wan Ahmad Fayhsal yang juga ahli parlimen Machang membuat laporan polis untuk mengadukan klip ucapan Muhyiddin sewaktu berkempen di Nenggiri baru-baru ini.
Pemuda Bersatu mendakwa rakaman video berkenaan disunting untuk memburukkan pemimpin PN terbabit sekali gus dikaitkan dengan isu sensitif membabitkan raja Melayu, agama dan bangsa (3R).
“Dan ini bukan kali pertama tuan-tuan, sudah banyak kali,” dakwa Wan Ahmad Fayhsal lagi.
Mengulas lanjut, dia mengulangi kenyataan presidennya itu semalam dengan mendakwa Muhyddin hanyalah menyebutkan fakta iaitu Pengerusi PN terbabit mendapat sokongan 115 ahli parlimen sekali gus melayakkan dia menjadi perdana menteri ke-10.
Wan Ahmad Fayhsal mendakwa dia adalah salah seorang daripada 115 ahli parlimen yang menandatangani akuan berkanun (SD) untuk menyokong Muhyiddin menjadi perdana menteri.
Dia juga mendakwa wakil Istana Negara sudah menerima dokumen berkenaan.
“Pokoknya dalam inti pati ceramah Tan Sri Muhyiddin hari tu hanyalah menyatakan fakta.
“Tidak ada sama sekali Tan Sri Muhyiddin menyinggung, memperlekeh atau mempersoalkan kuasa yang diperuntukkan di bawah perlembagaan kepada Agong yang ke 16-ketika itu,” katanya. Mk
Kontroversi Muhyiddin: Bersatu salahkan Suara Keadilan
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Hassanal gesa polis ambil tindakan terhadap Muhyiddin
- Tolong respek suami saya raja saya – Tunku Azizah
- Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024
- Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis
- Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah
- Ingat aku gangster ke? – Uqasha
- Ruhainies minta pelihara hatinya
- Aura Tengku Hassanal, Sarawak dan Pahang ibarat sepupu
- Pukul pemandu OKU: Anggota dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan lain – KPN
- Muhyiddin keterlaluan
- Myvi terbabas rempuh pokok pisang, pemandu maut
- Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari
- Senjata makan diri
- Bukit Aman akan panggil Muhyiddin Selasa ini
- Netizen Indonesia buat hal, ‘claim’ persembahan LIMA’23 sebagai persembahan hari kebangsaan Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu
Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)
Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)