Haram pakai jersi bola ditaja syarikat judi dan arak

Haram pakai jersi bola ditaja syarikat judi dan arak

Musim baharu saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah bermula, menjadi kebiasaan penyokong membeli jersi pasukan kegemaran masing-masing bagi membuktikan sokongan mereka.

Menurut laman instagram classicfootballshirts, 55 peratus penajaan EPL musim 2024/25 adalah daripada syarikat judi melibatkan 11 kelab.



Pasukan pertama yang mempunyai penaja syarikat judi adalah Fulham melalui Betfair pada musim 2002/03. West Ham pula kelab paling lama ditaja Betway selama 11 musim.

Bagaimanapun, 70 peratus daripada jersi kelab EPL pada musim ini dilarang dipakai oleh peminat beragama Islam kerana ia mempromosi sesuatu yang haram menurut Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

“Lihat betapa untungnya syarikat judi dengan industri bolasepak EPL, hingga berebut-rebut menjadi penaja besar kelab-kelab di sana.

“Justeru kepada para peminat premier league, jika pada baju jersi pasukan itu terpapar logo syarikat judi, bank riba dan lain-lain yang haram di sisi hukum Islam, maka memakai dan mengayakan baju tersebut di khalayak juga turut jatuh dalam dianggap membantu dan subahat dalam perkara dosa dan yang haram sebagaimana telah ditegah oleh Allah SWT di dalam al-quran dan juga disebut lagi di dalam hadith tegahan bersubahat dengan yang haram,” katanya menerusi laman facebook.



Selain judi, peminat muslim juga tidak digalakkan memakai jersi yang mempromosi minuman beralkohol iaitu arak.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memakai baju yang berlogo syarikat arak dan judi telah menyatakan dengan jelas bahawa perbuatan tersebut adalah haram dan dilarang kerana ia termasuk dalam usaha bagi mempromosi serta melariskan arak dan judi.

Adapun begitu, bagi mereka yang mempunyai pakaian seperti ini mereka boleh memakainya dengan cara menterbalikkan pakaian tersebut supaya logo dan lambang tersebut tidak kelihatan. Vc

Haram pakai jersi bola ditaja syarikat judi dan arak



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu



Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker