Bunuh ibu bapa, anak saudara, lelaki didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Bunuh ibu bapa, anak saudara, lelaki didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Muar hari ini atas tuduhan membunuh ibu, bapa serta anak saudaranya di Pagoh awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Azman Mohamed Nor, 48, di hadapan Majistret Suzana Mokhtar, lapor Kosmo.



Azman didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82; Ara Ab Hamit, 76 dan Noradriana Nor Hasyim, 11, antara 1 pagi hingga 3 pagi 9 Ogos di sebuah rumah di Kampung Paya Redan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga disebat tidak kurang 12 kali.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Marzuki di pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan semula ditetapkan dalam tempoh dua bulan bagi serahan laporan forensik serta kimia kerana tuduhan melibatkan tiga mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 Okt untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.



Dalam kejadian 9 Ogos itu, sepasang suami isteri warga emas dan cucu perempuan mereka berusia 11 tahun maut dalam kebakaran di rumah mereka,

Mohamed Nor dan Ara maut di lokasi kejadian, manakala Noradriana dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Selain mereka, seorang lagi remaja perempuan berusia 14 tahun turut cedera dalam kejadian.

Kes pada mulanya disiasat sebagai mati mengejut, namun diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh susulan laporan bedah siasat Noradriana mendapati terdapat kesan retakan di kepala dipercayai akibat dipukul dengan kayu.



Sementara itu, dalam prosiding berasingan di depan Hakim Nariman Badruddin, Azman juga didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Norazmina Mohd Razi,14, menggunakan sebatang kayu, yang boleh menyebabkan kematian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebat.

Bagi tuduhan ini, Azman mengaku bersalah sejurus tuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala Azman tidak diwakili peguam.



Hakim menetapkan 29 Sept depan bagi penetapan hukuman. FMT

Bunuh ibu bapa, anak saudara, lelaki didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)



‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker