Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta

Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta

Bekas ketua perisikan ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) Mat Zaki Md Zain bersama tiga yang lain memfailkan saman untuk menuntut ganti rugi RM100 juta daripada 11 defendan termasuk bekas ketua polis negara Acryl Sani Abdullah Sani.

Saman itu difailkan kerana mendakwa mereka terpaksa berdepan pendakwaan salah di mahkamah atas pertuduhan membunuh seorang pemandu e-panggilan di Tawau, Januari tahun lepas.



Defendan lain antaranya termasuk bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa (sebelum ini timbalan pengarah siasatan/perundangan JSJ), Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan (sebelum ini timbalan pengarah risikan/operasi JSJ) dan bekas ketua polis Sabah Idris Abdullah.
Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin dan dua pegawai polis Mohd Hashim Hashom serta Yusman Syahri Marinsah.

Menerusi kenyataan, Mat Zaki berkata writ saman dan tuntutan ganti rugi serta permohonan maaf itu telah difailkan 15 Ogos lalu menerusi Messrs Lincon & Co.

Menurutnya, tindakan itu susulan beliau dan tiga plaintif lain terus ditekan untuk dikeluarkan daripada ESScom dan Polis Sabah walaupun selepas dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh.

“Kes kami sebelum ini telah tular dan menyebabkan masyarakat umum serta rakan sepasukan menganggap kami memang pelaku dalam kes pembunuhan yang dituduh terhadap kami.



Perkara ini telah menjejaskan maruah, nama baik serta reputasi kami dengan teruk sehingga hari ini, katanya.

Januari lalu, Mahkamah Tinggi Tawau melepas dan membebaskan Mat Zaki daripada tuduhan bersubahat membunuh Nurman Bakaratu, 61, di Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas, kira-kira 8 malam 13 Jan tahun lepas.

Hakim Duncan Sikodol membuat keputusan itu susulan keterangan saksi ke-23, Nurimah Juli, 35, yang mengaku membunuh Nurman iaitu bekas suaminya.

Turut dibebaskan enam anggota polis dan orang awam terdiri daripada Rosdi Rastam, 45; Denis Anit, 45; Fabian Rungam, 44; Khairul Azman Bakar, 47; Mohd Azlan Sakaran, 40; John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34.



Mat Zaki berkata tuduhan tanpa bukti itu juga menjejaskan reputasinya dalam komuniti perisikan Malaysia, Filipina dan Indonesia yang bekerjasama menjaga keselamatan perairan tiga negara daripada ancaman pengganas rentas sempadan sebelum ini.

“Biarpun telah dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan oleh mahkamah selepas setahun ditahan di penjara, pihak bertanggungjawab dalam pertuduhan salah ke atas kami tidak pernah berusaha memohon maaf atau cuba memulihkan maruah, nama baik dan reputasi kami.

Malah setelah bebas kami terus ditekan dari berbagai sudut oleh defendan biarpun kami masih dalam proses pulih daripada kesan trauma disebabkan tuduhan salah, katanya.

Beliau berkata saman itu bukan untuk menuntut ganti rugi semata-mata atau memalukan mana-mana pihak tetapi mengembalikan maruah dan memulihkan nama baik mereka, selain berharap tidak berulang kepada individu lain. FMT



Bekas ketua risik ESSCom saman bekas KPN, tuntut ganti rugi RM100 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu



Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker