TMJ nak buat Piala Daddy dan Cap Susu

TMJ nak buat Piala Daddy dan Cap Susu

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah-olah menyindir pasukan Selangor FC selepas skuad Gergasi Merah itu memenangi Piala Sultan Selangor pada Sabtu.

Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor berkata, kemenangan tersebut umpama syok sendiri selain menyifatkan piala tersebut tidak diiktiraf di negara ini.



“Di Malaysia trofi yang diiktiraf Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih saingan AFC. Untuk layak ke kejohanan antarabangsa pula iaitu Liga Super dan Piala FA.

“Kalau buat piala syok sendiri dan raikan macam menang piala rasmi, saya akan buat Piala Daddy, dan Piala Cap Susu mulai tahun depan.

“Pasukan lawan kena cari yang lemah lemah. Yang pelik tak ada perasaan malu. Kes kronik syok sendiri,” tulis baginda di laman Facebook miliknya.

Pada Sabtu lalu, Pilihan Selangor berjaya mempertahankan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka.



Ia menjadi piala ketiga yang berjaya dimenangi skuad kendali Nidzam Jamil itu selepas Piala Selangor Asia Challenge dan RCTI Premium Sports. Sinar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu



Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)

‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)



Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker