Suspek bunuh, kerat Cikgu Istiqomah didakwa hari ini
Suspek bunuh, kerat Cikgu Istiqomah didakwa hari ini
ALOR GAJAH: Suspek utama kes bunuh dan kerat guru, Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata arahan pertuduhan itu dikeluarkan Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Khamis lalu selepas memperhalusi kertas siasatan yang dirujuk pegawai penyiasat kes.
“PPN sudah selesai meneliti kertas siasatan dan arahan lanjut adalah untuk menuduh suspek berusia 37 tahun itu di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Isnin ini,” katanya.
Menurutnya, hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap terhadap sampel kepala dan jari yang ditemui juga positif milik Istiqomah.
“Polis menunggu arahan lanjut daripada PPN bila jenazah boleh dituntut untuk proses pengebumian.
“Setakat ini juga masih ada beberapa ujian DNA terhadap penemuan terbaru yang belum mendapat keputusan,” katanya.
Jenazah cikgu Istiqomah diserah kepada keluarga hari ini
Sementara itu, Ashari berkata Istiqomah Ahmad Rozi boleh dituntut oleh keluarganya di Jabatan Forensik, Hospital Melaka jam 11 pagi ini untuk pengebumian.
Ashari bagaimanapun tidak memperincikan sama ada anggota lain mangsa sudah lengkap ditemui.
Media sebelum ini melaporkan waris Istiqomah merayu proses tuntutan jenazah dipercepatkan.
Suami Allahyarham, Mohd Yusof Mokhtar, 35, dilapor berkata jenazah akan dibawa pulang ke Pasir Mas, Kelantan untuk pengebumian.
Pada 6 Januari lalu, media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang, Melaka.
Selepas kira-kira lapan bulan berlalu, pada 12 Ogos lalu, Ashari mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, seorang guru yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.
Susulan itu, Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berumur 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos lalu. BH
Suspek bunuh, kerat Cikgu Istiqomah didakwa hari ini
Baca Artikel Menarik:
- Gaji kumpulan pelaksana naik 15 peratus, pengurusan tertinggi 7 peratus
- 11 hari tidur atas lantai simen lokap SPRM – Zarul
- Kamu nak dakwa siapa? – Aufahanie
- Pemain bola sepak bawa senjata dipenjara 14 hari
- ‘Samseng taik kucing’ acu pistol mainan adik
- Jawatan PM Thailand kembali kepada keluarga Thaksin
- Saya bukan Papagomo – Wan Azri
- Pakar Hospital Queen Elizabeth 2, UMS, bedah otak pesakit secara sedar
- Balik umrah pakai seksi, ini kata Eyka Farhana
- Akmal bidas Teresa kerana dakwa tak hormat keputusan mahkamah
- Tumbuk pemandu OKU: LFL mahu pertuduhan jenayah bukan tindakan tatatertib
- ‘Gadis kampung’ jadi Datuk Bandar KL
- Akhirnya Nidza Afham menjadi ‘terkenal’
- Buat malu nama Malaysia saja
- Intan dipukul suami kerana tonton video lucah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Iqram Dinzly sound balik Fara Salleh, ‘play victim’ macam awak ‘angel’