Raja Formula angkat darjat Bumiputera melalui PuTERA35
Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) berpeluang membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat itu menjadi lebih maju, kata Rafizi Ramli.
Menteri ekonomi berkata, melalui pelan itu Bumiputera mempunyai peluang dan potensi untuk memainkan peranan lebih bermakna dalam sektor dan industri baharu yang mempunyai nilai ditambah tinggi, termasuk industri ‘High Growth High Value’ (HGHV).
“Masih ada ruang dan peluang untuk kita bermuhasabah dan berikhtiar dalam mencari solusi terbaik agar sosioekonomi kaum Bumiputera menjadi lebih maju dan makmur.
Ini dapat dilakukan melalui reformasi struktur ekonomi ke arah menjadikan Malaysia, sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi,
katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran PuTERA35 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Rafizi berkata, pelan itu menggagaskan tiga teras selaras kerangka Ekonomi Madani iaitu memperkukuh pasak ekonomi negara, memperkukuh kerukunan tatakelola dan institusi, dan menegakkan keadilan sosial.
Justeru, hari ini kita akan berpeluang untuk diperkenalkan dengan hala tuju baharu pembangunan ekonomi Bumiputera, PuTERA35 sebagai satu langkah proaktif untuk mengangkat darjat dan martabat Bumiputera,
katanya.
Beliau berkata, beberapa trend mega yang sedang melanda turut memberi cabaran kepada Bumiputera, antaranya perubahan susunan blok ekonomi dan kuasa global, teknologi dan digital, demografi dan kualiti hidup, serta krisis kesihatan dan perubahan iklim.
“Berpaksikan semangat inklusif, kerajaan perpaduan komited memastikan agenda Bumiputera terus diberi keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan sosioekonomi negara.
Ini sama sekali, tidak akan menafikan hak kaum lain sebaliknya mampu memberi manfaat kepada semua kaum dalam aspek pembangunan dan kemajuan negara,
katanya.
Sementara itu, Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia, Abdul Wahid Omar, yang ditemui selepas majlis berkata antara sektor boleh diberi tumpuan Bumiputera adalah tenaga boleh baharu dan teknologi.
Dari segi sejarahnya banyak industri baharu…dulu minyak dan gas sekarang dalam konteks tenaga boleh baharu dan teknologi, antara bidang boleh dipertingkatkan oleh Bumiputera,
katanya.
Katanya, pelan itu juga bertujuan mentransformasikan kek ekonomi negara supaya lebih berkembang.
Dalam konteks memastikan tiada golongan terpinggir ini kesinambungan yang baik, semua matlamatnya pastikan kek ekonomi berkembang, kalau kek ekonomi tak berkembang, pengagihan kurang bermakna, itulah asas pelan transformasi ekonomi Bumiputera kita ada hari ini,
katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tengku Hassanal gesa polis ambil tindakan terhadap Muhyiddin
- Tolong respek suami saya raja saya – Tunku Azizah
- Perasmian SUKMA Sarawak 2024 lagi ‘power’ dari Olimpik Paris 2024
- Bekas MP didakwa buat gangguan seksual disiasat polis
- Mohd Fadzly didakwa bunuh Cikgu Istiqomah
- Ingat aku gangster ke? – Uqasha
- Ruhainies minta pelihara hatinya
- Aura Tengku Hassanal, Sarawak dan Pahang ibarat sepupu
- Pukul pemandu OKU: Anggota dikenakan tindakan tatatertib kerana kesalahan lain – KPN
- Muhyiddin keterlaluan
- Myvi terbabas rempuh pokok pisang, pemandu maut
- Suspek bunuh Nuraina Humaira direman 7 hari
- Senjata makan diri
- Bukit Aman akan panggil Muhyiddin Selasa ini
- Netizen Indonesia buat hal, ‘claim’ persembahan LIMA’23 sebagai persembahan hari kebangsaan Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu
Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)
Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)
You must be logged in to post a comment.