Dicerai Syamsul, netizen beri kata-kata semangat pada Ira Kazar

Akaun Instagram isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Ira Kazar menjadi tumpuan apabila netizen mula ‘berkampung’ bagi mendapatkan pengesahan mengenai berita perceraian mereka yang menjadi topik perbualan hangat hari ini.

Rata-rata netizen meninggalkan komen, bertanya kesahihan dakwaan Syamsul memfailkan cerai terhadap Ira, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur petang tadi.

“Betul ke kena cerai?



“Sah ke Syamsul fail cerai? Saya datang ke sini selepas baca berita,” komen netizen.

Meskipun begitu, ada yang menitipkan pujian terhadap Ira kerana tidak pernah membalas setiap cemuhan yang dilemparkan terhadapnya.

Kebanyakan netizen juga turut memuji penampilan Ira yang dilihat semakin cantik.

“Ira sabar ya, berdiam lebih baik dan kekal merendah diri.



“Apa sahaja yang akan terjadi sekiranya betul berita hangat yg sedang viral, hadapi sahaja dengan tenang. Percayalah ada pelangi menanti dihadapan, Ira muda lagi dan kuatkan semangat!” kata netizen lagi.

Hari ini, peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mengesahkan anak guamnya sudah memfailkan cerai terhadap Ira.

Menurutnya, perceraian tersebut difailkan Syamsul di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pukul 2 petang hari ini.

Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.



Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan itu, pelakon Puteri Sarah sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara penting yang anda perlu tahu

Peniaga tempatan bengang Penguatkuasa MPAJ tutup mata dengan peniaga ‘import’ tanpa lesen (Video)



‘Owner’ Raja Lawak sahkan cerita Mamat Sepah (Video)

Penunggang motosikal terlampau, lempar ‘hammer’ tengah jalan (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker