Pelajar perempuan mengamuk di sekolah

Pelajar perempuan mengamuk di sekolah

KAJANG: Polis berjaya memujuk pelajar perempuan Tingkatan Dua yang ‘mengamuk’ dan mengugut mahu membunuh diri dalam kejadian di sekolah menengah di Bandar Baru Bangi di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, polis menerima laporan kejadian pada jam 1.33 tengah hari.



“Pelajar berkenaan berada di pekarangan sekolah sambil memegang pisau, mengugut untuk menggelar tangannya.

“Pelajar itu bagaimanapun berjaya dipujuk dan tiada sebarang kecederaan berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, soal siasat ke atas ibu bapa yang hadir ke sekolah memaklumkan anak mereka berusia 14 tahun itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap atau mengadu masalah di sekolah mahupun di luar.

Katanya, semakan dengan pihak sekolah juga mendapati remaja itu tidak mempunyai masalah disiplin.



Naazron berkata, pelajar terbabit dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk ujian saringan kesihatan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengetahui punca dua berkelakuan agresif.

Beliau menasihati masyarakat terutama ahli keluarga lebih serius dalam mengawasi kesihatan mental anak masing-masing supaya tindakan awal dapat diambil bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

Katanya, khidmat nasihat dan kaunseling juga boleh didapati melalui Talian Kasih 15999 atau mana-mana kaunselor bertauliah. BH

Pelajar perempuan mengamuk di sekolah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh



Malu dapat, sakit pun dapat

Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata



Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker