PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
Umno tidak akan menjemput pimpinan tertinggi parti dari kerajaan perpaduan bagi menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU2024), menurut Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki.
Asyraf berkata perkara itu telah dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan supaya PAU berlangsung 21 hingga 24 Ogos depan mengutamakan keluarga Umno terlebih dahulu.
“Tahun pertama kita buat jemputan. Insya-Allah mungkin tahun depan atau tahun sebelum PRU biasanya begitu jugalah (buat jemputan).
Tahun ini kita beri ruang untuk keluarga besar Umno berbincang secara kekeluargaan, katanya pada sidang media sempena PAU 2024.
Tahun lalu, Anwar yang juga presiden PKR dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) hadir ke PAU, 25 tahun selepas dipecat Umno.
Kali terakhir beliau di pentas sama ialah pada Jun 1998 selaku timbalan presiden Umno, sebelum dipecat tiga bulan kemudiannya.
Sementara itu, Asyraf menjangkakan usul berkaitan pertandingan jawatan presiden dan timbalan tidak akan dibahas pada persidangan itu memandangkan pemilihan Umno yang masih ‘jauh’.
Saya rasa lambat lagi kita punya pemilihan, orang Umno ini selagi bukan tahun pemilihan tak membicarakan soal ini, hanya satu bahagian timbulkan, katanya merujuk kepada usul dibuat Umno Tenggara, bulan lalu.
Berkaitan kerjasama Umno bersama parti lain pada PRN Sabah, Asyraf berkata ia juga tidak akan dibincang dan dibahas secara terbuka kerana membabitkan strategi politik.
“Biarlah secara tertutup dalam kepimpinan parti utama untuk berbincang dengan Umno Sabah, tak perlu diuar-uarkan.
Perwakilan Sabah akan cakap banyak cakap kepentingan rakyat negeri itu daripada cakap politik kuasa, (soal PRN) lebih baik cakap belakang tabir, katanya. FMT
PAU 2024: Umno tak jemput pemimpin parti kerajaan perpaduan
Baca Artikel Menarik:
- Mayat tanpa kepala, kaki, tangan dipotong disahkan milik Cikgu Istiqomah
- Kabinet bakal dirombak
- Pemilik kelab bola sepak dalam pemantauan polis
- ASP Razlan mahu subjek tatarakyat kembali diajar di sekolah
- Pelajar madrasah liwat junior mengaku salah
- Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri meninggal dunia
- PAS ‘jadi abang besar’, ahli Bersatu sepakat protes
- Chef maut motosikal langgar Triton di lorong kecemasan
- Berita baik untuk penjawat awam Jumaat ini – Shamsul Azri
- Kemalangan Keirin: Jangan ‘serang’ pelumba Jepun
- Duta Palestin puji ucapan Steven Sim, tegur pemimpin MCA
- Syasya bunting pelamin?
- Olimpik 2024 paling jahanam
- ‘Sindrom patah jantung’ pembunuh senyap
- Puad sindir baju ‘kayangan’ Annuar Musa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.