Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Ini sangat keterlaluan - Jiggy

Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Demi maruah isteri, suami kepada atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri, Jiggy nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyunting foto wanita itu dengan grafik tidak senonoh.

Kata Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri, 35, dia masih boleh bersabar membaca kecaman terhadap teman hidupnya itu, namun menjadikan gambar sebagai sendaan dalam laman sosial disifatkan melampau.



“Saya tidak mampu menghalang sudut pandang seseorang terhadap Nur Dhabitah, tapi apabila sanggup menyunting gambar isteri saya jadi tidak senonoh, itu bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi.

“Berdasarkan kenyataan pegawai penyiasat dan peguam, surat saman sudah dikeluarkan kepada individu terbabit.

“Saya tetap akan teruskan tindakan ini kerana apa yang dia lakukan sangat keterlaluan,” katanya dalam Instagram Story.

Menurut pelakon dan pengacara itu lagi, gambar tidak senonoh tersebut sampai di tangannya sejak Nur Dhabitah layak mara ke separuh akhir dalam acara papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris, baru-baru ini.



“Sanggup menyunting dan memuat naik gambar tidak senonoh isteri saya, sedangkan Nur Dhabitah ketika itu berusaha dan berjuang untuk negara,” ujarnya.

Kata Jiggy, tindakan tegas diambil ini adalah sebagai pengajaran dan peringatan kepada mereka yang bersikap melampau dalam media sosial.

“Tindakan undang-undang ini diharap dapat mengingatkan segelintir pengguna media sosial bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya bersikap keterlaluan dan menghina orang lain,” katanya.

Sementara itu, menyedari perbuatan biadab tersebut dikesan dan bakal berdepan saman, akaun laman sosial yang dimaksudkan ‘lesap’ daripada radar.



Perkara itu didedahkan pelawak terbabit dalam hantaran lain yang menyebut pelaku telah menukar nama akaunnya.

“Buat pengetahuan semua, sebelum ini akuan Facebook Ridzuan Bukhori ini okey sahaja, ada gambar profil, tiba-tiba sekarang dah tiada.

“Tapi tak mengapa,@skmm_mcmc @pdrmsia_official @kpwkm ada untuk membantu memudahkan urusan nanti.

“Tadi sedap nama Ridzuan Bukhori. Tahu-tahu dah jadi Nisa A. Apa jadi brader. You can run but, you can’t hide (boleh lari tapi tak boleh sembunyi),” ujarnya.



Terdahulu, Nur Dhabitah, 25, melayakkan diri ke final acara 3 meter papan anjal wanita di Aquatic Centra Paris, namun gagal membawa pulang pingat. K Online

Jiggy saman penyunting foto tak senonoh Dhabitah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat



Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker