Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Baetrice Chitra bakal berkahwin dengan Luth Mikhail.

Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly setia menemani kekasih anaknya, Luth Mikhail iaitu Baetrice Chitra untuk memeluk Islam di sebuah masjid.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram, Sheila dan keluarga hadir menjadi saksi wanita itu mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.



Sebaik mengucap dua kalimah syahadah, Baetrice atau lebih mesra disapa Bae gagal menahan air mata apabila kini bergelar mualaf.

Bukan hanya Bae, Luth juga kelihatan menangis teresak-esak tatkala menyaksikan teman wanitanya memeluk Islam.

Perkongsian Sheila itu pantas menarik perhatian ramai termasuk selebriti yang meninggalkan komen positif selain tidak sabar menantikan penyatuan antara Luth dan Bae.

“Masya-Allah, cantiknya. Sebak pula tengok video ini, Semoga awak dan keluarga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah,” kata pelakon, Nurkhiriah.



“Ya Allah, cantik sungguh aturan Allah. Semoga dipermudahkan segalanya buat Mika, Aunty Ina (Zarina) doakan berkekalan hingga ke Jannah,” kata pelakon, Zarina Zainuddin.

“Alhamdulillah, sebak tengok video ini. Tahniah Luth Mikhail,” tulis pelakon, Dayana Roza.

Sementara itu, cubaan HM menghubungi Sheila bagi mendapatkan reaksinya dan maklumat terkini mengenai bakal menantunya tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej WhatsApp tidak dijawab. HM
Bakal menantu Sheila Rusly peluk Islam

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rakan Shuk dedah perangai Fara Salleh

Malu dapat, sakit pun dapat



Atlet miskin menang emas di Olimpik jadi kaya sekelip mata

Nora diceraikan suami menerusi rakaman video



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker