Suami dipaksa ceraikan saya – Nora Ariffin

Suami dipaksa ceraikan saya – Nora Ariffin

Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51, mendakwa lafaz cerai oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli dibuat tanpa kerelaan.

Dakwa Nora lagi, Rushdi dipaksa melafazkan talak dan diminta merakamkan aksi itu melalui video untuk dijadikan bukti.



“Ustaz (suami) dipaksa ceraikan saya tanpa sebarang sebab dan diminta ambil video sebagai bukti supaya semua orang tahu,” katanya kepada BH Online melalui aplikasi WhatsApp.

Ketika ditanya siapakah individu yang memaksa bekas suaminya itu, Nora terus mengunci mulut.

“Itu sahaja… Cukuplah,” tulis Nora ringkas.

Sementara itu, melalui perkongsian di Instagram Story (IGs), penyanyi Dendam Dalam Diam itu enggan menyalahkan Rushdi atas apa yang terjadi.



“Ustaz tidak bersalah. Dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya iaitu melepaskan saya tanpa sebab dan merakam video sebagai bukti.

“Saya tergamam tidak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” katanya sambil menyertakan emoji tangan sedang berdoa.

Terdahulu Nora membuat kejutan apabila berkongsi video diceraikan Rushdi di IG.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut perceraian itu, sebaliknya Nora hanya meluahkan rasa syukur atas apa yang berlaku.



Spekulasi mengatakan rumah tangga Nora dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya (UM) goyah bertebaran sejak tahun lalu, namun, penyanyi itu menyangkalnya.

Sebelum ini, Nora dilapor memberitahu, dia masih bergelar isteri kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi pada 2021.

Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora dilapor memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.



Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun. BH

Suami dipaksa ceraikan saya – Nora Ariffin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker