Saya baru terfikir nak buat rombakan selepas berita itu keluar – Amirudin

Saya baru terfikir nak buat rombakan selepas berita itu keluar – Amirudin

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengangap spekluasi mengenai berlakunya rombakan dalam kerajaan negeri adalah sesuatu yang “baik”.

Katanya dengan tersebarnya khabar angin sebegitu ia menjadi peringatan agar setiap orang yang diberikan jawatan berusaha dengan lebih baik kepada rakyat.

Menafikan kemungkinan rombakan dalam kerajaan negeri, Amirudin berkata ketika ini dia didukung oleh barisan exco yang mantap bagi mentadbir Selangor.

“Saya baru terfikir nak buat rombakan selepas berita itu keluar,” katanya berseloroh, “tapi tak apa sebab ia adalah peringatan yang baik kepada semua untuk bekerja lebih baik.

“Pastikan kita menunaikan apa yang kita yang janjikan, dan mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya kepada media di Shah Alam hari ini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media – yang memetik sumber tidak didedahkan – mendakwa mungkin ada dua exco Selangor akan digantikan.

Laporan itu mengiringi dakwaan bakal berlakunya rombakan kabinet di peringkat pusat tidak lama lagi.

Bagaimanapun Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam berkata, dia “belum dengar” sebarang rancangan untuk merombak kabinet yang ada sekarang.

“Siapa nak tolong reshuffle (rombakan) tu? Saya tak dengar, serius ni, saya belum dengar,” katanya semalam.

Menurut Amirudin dakwaan berlaku rombakan itu seperti “berjangkit-jangkit” apabila bermula dengan dakwaan akan terjadi di peringkat Putrajaya sebelum diikuti di Selangor.

“Tapi, tak ada. Bagi, saya buat masa ini saya mempunyai team (pasukan) yang kompak dan bekerjasama dengan baik,” katanya.

Pada masa sama Amirudin berkata dia mengaku ada beberapa aspek lain yang boleh diperbaiki bagi memantapkan perkhidmatan yang diberi kepada rakyat selepas setahun menjadi kerajaan negeri.

Menjelaskan hal itu lebih lanjut, dia yang juga Pengerusi PH Selangor berkata, rombakan akan menjadi satu keperluan apabila wujud keadaan tertentu sehingga ia tidak boleh dielakka.

“Kemungkinan itu sentiasa ada pada bila-bila… ikut kesesuaian.

“Kadang-kadang exco sakit, kematian atau faktor-faktor lain,” katanya. Mk

Saya baru terfikir nak buat rombakan selepas berita itu keluar – Amirudin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker