Remaja bunuh kekasih didakwa

Remaja bunuh kekasih didakwa

Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan membunuh teman wanitanya dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, dekat Kalabakan Januari tahun lalu.

Tertuduh, yang juga pemegang pasport Indonesia berumur 13 tahun (ketika kejadian) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Duncan Sikodol, menurut Berita Harian.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh Nur Zahirah Safarudin, 13, (tiada dokumen pengenalan diri) di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kalabakan antara 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada 4 Jan tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suryana mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Liew Hon Min.

Mahkamah menetapkan perbicaraan penuh pada 10 hingga 14 Feb tahun depan.

Sebelum ini tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau pada 18 Januari tahun lalu sebelum kes didengar di Mahkamah Tinggi hari ini. FMT

Remaja bunuh kekasih didakwa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker