PRK Nenggiri: Selepas seminggu kempen, mood ketika ini memihak BN

PRK Nenggiri: Selepas seminggu kempen, mood ketika ini memihak BN

Selepas lebih seminggu berkempen, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN) pada ketika ini.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, berdasarkan pemerhatian pihaknya yang telah turun padang di kawasan itu, ia disebabkan pengundi Orang Asli secara besarnya memihak kepada BN.



Kedua katanya, pengaruh bekas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang masih lagi besar di kawasan berkenaan khususnya di Nenggiri.

“Walaupun kawasan itu majoritinya orang Melayu, tetapi keadaan politik di Nenggiri atau Gua Musang itu ‘templatenya’ kita tak boleh samakan dengan Sungai Bakap, Kuala Kubu Baharu atau Pelangai. Setiap kawasan ada ‘template’ yang berbeza.

“Dalam tempoh minggu pertama ini, saya nampak BN mendahului kerana disebabkan deposit BN ada menerusi pengundi orang asli. Kedua, kekuatan dan pengaruh Tengku Razaleigh yang menyelinap di setiap peringkat akar umbi,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun katanya, keadaan politik itu juga boleh berubah pada bila-bila masa mengikut persepsi.



Sebagai contoh katanya, tawaran dikemukakan bagi menyelesaikan masalah tanah Lembaga Kamajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dalam PRK Nenggiri.

“Kemudiannya, kita lihat ada perdebatan itu memihak kepada sesetengah pihak. Contohnya (Pengarah Operasi Perikatan Nasional PRK Nenggiri), Tan Sri Annuar Musa pada awal itu agak ‘low profile’ tetapi apabila diserang memakai LV (Louis Vuitton), jadi orang kampung nampak ini seolah-olah macam berlakon.

“Serangan ini boleh berubah serta memberi persepsi yang berbeza dan boleh mempengaruhi kecenderungan keputusan pilihan raya di PRK Nenggiri,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Tawfik menyifatkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sebagai bongkak apabila secara terbuka mencabar Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berdebat menentangnya seorang diri.



Menurutnya, pelaksanaan debat bukanlah untuk mencari siapa individu yang hebat, menang atau lebih unggul berbanding orang lain.

“Bagi saya, tak perlulah kedua-dua itu turun untuk berdepan dengan Wan Ahmad Faysal kerana kedua-dua ini level (tahap) Menteri, bukan ahli Parlimen biasa dan sebelum ini pun, Wan Ahmad Fayhsal hanyalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam kerajaan sebelum ini.

“Namun, kalau betul-betul nak buat debat, bagi saya ia mestilah ada impaknya kepada rakyat dan kita letakkan pemimpin yang sama taraf.

“Kemudian, hasil daripada debat itu dapat dilaksanakan kepada dasar dan rakyat mendapat manfaatnya. Bukan sekadar mencabar antara satu sama lain,” katanya.



Baru-baru ini, Wan Ahmad Fayhsal dilapor menyatakan beliau tidak kisah untuk melawan dua orang Menteri daripada Kerajaan Perpaduan.

Menerusi kemaskini di aplikasi X, Ketua Armada Bersatu itu menamakan Rafizi dan Fahmi untuk berdebat dengannya berkenaan topik Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang didakwanya menjual saham kepada syarikat pro-Zionis.

Rafizi sebelum itu mengajak Wan Ahmad Fayhsal untuk berdebat mengenai topik ‘bagaimana merancakkan ekonomi dengan mencetak wang’. BH

PRK Nenggiri: Selepas seminggu kempen, mood ketika ini memihak BN



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker