Polis buru penyamun tikam pekerja kedai aiskrim

Polis buru penyamun tikam pekerja kedai aiskrim

Seorang pekerja kedai aiskrim di Taman Sri Muda, Shah Alam Selangor cedera selepas ditikam individu bertopeng dalam kejadian samun semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 pagi ketika mangsa warga tempatan berumur 21 tahun bekerja seorang diri di kedai berkenaan.

“Mangsa ketika itu bekerja seorang diri sementara menunggu rakannya masuk bertugas didatangi suspek lelaki memakai pelitup muka serta bersenjatakan pisau pemotong kertas.



“Suspek lelaki yang tidak dipastikan bangsa telah bertindak agresif dengan menikam mangsa yang cuba mempertahankan dirinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut dan tiada sebarang kerugian dialami mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan dengan tiga kesan torehan akibat tikaman itu dibenarkan pulang kira-kira jam 1 pagi selepas mendapatkan rawatan.

“Setakat ini tiada sebarang kerugian dialami mangsa atau syarikat tempat mangsa bekerja,” katanya.



Mohd Iqbal berkata, wajah suspek berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Menurutnya, usaha sedang giat dijalankan oleh pihak polis untuk kesan dan tangkap suspek pada kadar yang segera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jelasnya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Mohd Syer Aidid di talian 0136544996.



Terdahulu tular video berdurasi dua minit 36 saat memaparkan insiden samun dengan suspek menikam mangsa sebanyak lapan kali. MG

Polis buru penyamun tikam pekerja kedai aiskrim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker