Polis beku hampir RM300 juta wang ketua sindiket judi online

Polis beku hampir RM300 juta wang ketua sindiket judi online

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan RM299.6 juta wang hasil judi yang dipindahkan ke negara ini oleh seorang warga asing yang juga ketua sindiket perjudian dalam talian.

Individu berkenaan dikesan cuba mengelirukan pihak berkuasa dan memanipulasi kemasukan wang perolehan haram dari luar negara ke dalam sistem ekonomi negara melalui perkhidmatan kewangan luar pesisir (offshore) Labuan.



Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali, berkata berdasarkan maklumat disalurkan institusi perbankan, individu berusia 30-an itu dikesan membuka akaun luar pesisir pada 2023.

“Hasil analisa dan siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan warganegara asing memiliki kerakyatan lain, selain warganegara asal. Suspek cuba mengelirukan pihak berkuasa.

“Siasatan lanjut mendapati individu ini memperoleh hasil daripada aktiviti haram dengan mengambil komisen dalam wang yang dipertaruhkan oleh pemain judi dalam talian di platform miliknya.

“Suspek mempunyai pemain judi mencecah 10,000 orang membabitkan nilai perjudian sebanyak RM14.05 bilion. Sebahagian daripada keuntungan sebanyak RM371 juta hasil aktiviti itu dipindahkan ke negara ini,” katanya pada sidang media di Menara KPJ, hari ini.



Muhammed Hasbullah berkata, susulan itu, pasukan AMLA turut membekukan harta suspek yang dibawa masuk ke sistem ekonomi negara ini.

“Antaranya ialah satu akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) saham di luar negara dengan 108,625 unit pegangan saham dianggarkan bernilai RM281 juta.

“Selain itu, turut di bekukan satu akaun escrow (akaun dana yang dipegang secara amanah) dengan nilai RM18.558 juta dikendalikan sebuah bank pelaburan tempatan yang dilesenkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) dan dua akaun bank tempatan berjumlah RM58,048,”katanya.

Muhammed Hasbullah berkata, individu berkenaan kini sudah dikeluarkan notis merah oleh polis antarabangsa (Interpol) dari pihak berkuasa negara asalnya.



“Dalam usaha membanteras kegiatan aktivit penggubahan wang haram di Malaysia mahupun antarabangsa, kerjasama daripada sektor swasta amat penting terutama dalam menyalurkan sebarang maklumat aktiviti yang mencurigakan mengenai jenayah penggubahan wang haram kepada polis.

“Polis juga mengingatkan kepada semua bank luar pesisir supaya meningkatkan lagi proses due diligence (semakan wajar) atau tindakan ‘kenal pelanggan anda (KYC),” katanya. BH

Polis beku hampir RM300 juta wang ketua sindiket judi online

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker