MB Perlis enggan ulas mengenai arahan letak jawatan

MB Perlis enggan ulas mengenai arahan letak jawatan

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli mendakwa tidak mengetahui desas-desus di media sosial berhubung dakwaan wujud arahan kepadanya untuk turun kerusi disandang sejak November 2022 itu.

Sehubungan itu, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Perlis enggan melayan ‘gosip politik nakal’ yang sebelum ini juga pernah dibangkitkan Bersatu, sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN).



Saya tak tahu pun, tak perlu (ulas), katanya ketika mengulas hantaran seorang pengguna X yang mendakwa Shukri diarahkan meletakkan jawatan.

Tarikh sudah ditetapkan, untuk menteri besar ‘diarahkan’ letak jawatan. Bermulalah, satu lagi episod menarik politik Perlis, dakwa pengguna terbabit.

Shukri dilantik sebagai menteri besar selepas PN menang 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis pada PRU15, sekali gus menamatkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama 65 tahun.

Pada November tahun lalu, Adun Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah dari Bersatu mendesak Shukri meletak jawatan kerana didakwa membelakangkan keputusan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang mencalonkannya sebagai exco kerajaan negeri untuk tahun kedua pentadbiran PN.



April lalu, Shukri disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkait tuduhan salah guna kuasa dalam projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000.

Sementara itu, anaknya, Mohd Syafeeq didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar pada 23 Mei atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,505 pada Feb lalu. Beliau mengaku tidak bersalah.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin ketika dihubungi mengakui ada mendengar khabar angin itu namun menyifatkannya sebagai sekadar ‘cakap tepi kedai kopi’.

Khabar angin terlalu banyak jadi tak ada yang betul, kata bekas Adun Sanglang itu sambil menjelaskan Shukri tidak memaklumkan kewujudan arahan berkenaan dan pentadbiran PAS berjalan seperti biasa.



Adun Titi Tinggi Izizam Ibrahim dari Bersatu yang juga exco kerajaan negeri berkata pentadbiran diketuai Shukri masih berjalan seperti biasa.

“Saya tak dapat apa-apa maklumat, berkenaan menteri besar ini saya tak campur sangat.

Buat masa sekarang (pentadbiran) masih seperti biasa, katanya. FMT

MB Perlis enggan ulas mengenai arahan letak jawatan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim



KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker