Malu dapat, sakit pun dapat

Malu dapat, sakit pun dapat

Segelintir penunggang motosikal didapati suka memilih untuk merosakkan kereta sekira rasa tidak puas hati dengan pemandunya.

Tular satu klip video dashcam sehingga meraih perhatian netizen apabila ada seorang penunggang motosikal terjatuh selepas melakukan buli jalan raya.

Video pendek berdurasi 20 saat itu menunjukkan situasi di mana sebuah kereta jenis Toyota mahu menukar lorong tengah ke lorong kanan.

Walaupun kereta itu sudah memberikan lampu signal, namun penunggang motosikal masih berasa tidak puas hati ‘dipotong’ kereta berkenaan.

Lelaki itu meluruh ke pintu kiri penumpang lalu menendang sekuat hati.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahinya apabila dia terjatuh ke lorong tengah melanggar belakang sebuah 4×4 dan hampir dilanggar sebuah motosikal dan Honda Civic yang berada di belakang pada ketika itu.

“Fizik tak menipu,” ujar netizen.

Ini kerana imbangan badan jadi berkurangan semasa satu kaki sedang menendang, ditambah pula daya tolakan semula selepas tendangan dibuat.

Tambah netizen lagi, tidak rugi mengalah dan mengelak perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri; lebih-lebih lagi sekiranya kita seorang penunggang motosikal. Vc

Malu dapat, sakit pun dapat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker