Mahathir kalah Zahid menang

Mahathir kalah Zahid menang

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zakarshi menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah kalah dalam perjuangan politiknya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, segala-gala yang dilakukan Dr. Mahathir telah gagal termasuk UMNO yang tidak mati, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri, manakala anaknya, Datuk Seri Mukhriz tersisih daripada dunia politik.



Ujarnya, Dr. Mahathir hanya berjaya memenjarakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Oleh itu, sumbangan Zahid jatuhkan kerajaan 22 bulan Tun adalah benar. Sumbangan Zahid jatuhkan kerajaan 17 bulan Muhyiddin juga benar. Dan sumbangan Zahid UMNO berkongsi kuasa hari ini juga benar.

“Tun M tidak suka mengalah. Kali ini dia kalah. UMNO masih ada tempat berbakti kepada rakyat. Berehatlah Tun. Jasa mu tetap dikenang,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, kata Mohd. Puad, Dr. Mahathir bagaimanapun betul apabila mengatakan beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas kerelaannya, bukan kerana Ahmad Zahid.



“Tun M kata dia letak jawatan atas kerelaannya. Bukan kerana Zahid. Dia berbuat demikian kerana Bersatu tidak mahu mendengar nasihatnya.

“Itu betul. Nasihatnya tidak lagi laku. Usaha terakhir untuk jadi PM interim bukti dia tidak mahu lepas jawatan. Itu pun gagal. Terpaksalah dia letak jawatan.

“Ketika itu PKR dan DAP mahu Tun M kekal. Mahathir tubuh Pejuang untuk kembali jadi PM. Tetapi “times over”,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mendedahkan beliau ialah dalang utama yang menjatuhkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam usaha menyelamatkan tindakan mengharamkan parti UMNO.



Bagaimanapun, Dr. Mahathir menafikan Ahmad Zahid menjatuhkan beliau dan Presiden UMNO berkenaan bukan hero yang menyelamatkan UMNO. MG

Mahathir kalah Zahid menang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Punca Cikgu Istiqomah dibunuh

Takiyuddin kantoi (Video)



Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim

KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker