Kolej Universiti Inovatif tawar latihan menembak dalam silibus pengajian

Kolej Universiti Inovatif tawar latihan menembak dalam silibus pengajian

Kolej Universiti Inovatif menerusi Fakulti Latihan Penguatkuasaan Undang-Undang (LPU) melancarkan Majlis Perkasa untuk merasmikan Kursus Asas Keselamatan dan Pengunaan Senjata Api dan Ijazah Sarjana Muda Penguatkuasaan Undang-Undang (Dengan kepujian).

Program ini merupakan pusat pengajian pertama di Malaysia yang menawarkan latihan menembak dalam Kursus Asas Keselamatan dan Penggunaan Senjata Api sejak 2023.



Perasmian Kursus Asas Keselamatan dan Pengunaan Senjata Api dan Ijazah Sarjana Muda Penguatkuasaan Undang-Undang (Dengan kepujian) dirasmikan oleh Ketua Lesen Pasukan dan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Lesen Senjata Api) Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, SAC Dato’ Dzulkhairi Mukhtar di Kelab Menembak Bandar Kajang pada Rabu lalu.

Menurut Dzulkhairi, usaha memperkenalkan Kursus Asas Keselamatan dan Pengunaan Senjata Api serta Ijazah Sarjana Muda Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak kolej adalah inisiatif yang baik.

“Saya meneliti usaha pihak fakulti dalam memberikan latihan kecergasan jasmani, ujian psikologi dan latihan kawad sebagai satu usaha pihak fakulti dalam memperkukuhkan program pendidikan berasaskan latihan amali demi melahirkan kadet elit program penguatkuasaan undang-undang.



“Inisiatif pihak kolej dalam memperkenalkan latihan berasaskan program penguatkuasaan undang-undang iaitu dengan Kursus Asas Keselamatan dan Pengunaan Senjata Api merupakan usaha yang pertama di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, di Malaysia pemilikan dan penggunaan senjata api di kawal ketat undang-undang di bawah Akta Senjata Api 1960 dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. Justeru, memupuk sikap disiplin yang tinggi dalam penggunaan senjata api amatlah penting.

Dalam pada itu, Dzulkifli mengucapkan sekalung tahniah kepada Kolej Universiti Inovatif kerana telah mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi program pengajian Ijazah Sarjana Muda Penguatkuasaan Undang-Undang (Dengan Kepujian) atau dikenali sebagai Bachelor in Low Enforcement (Honours).

Malah, menurut pendapat peribadinya, penting untuk golongan muda menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk lebih berdaya saing dalam pasaran pekerjaan kelak.



“Mana-mana agensi baik swasta atau kerajaan, sijil itu sangat penting. Jika dahulu untuk menyertai. Jika dahulu mereka yang ingin menjadi inspektor dalam PDRM perlu ada MCE atau SPM kemudian dinaik taraf ke peringkat diploma.

“Tetapi sekarang untuk menjadi inspektor perlu ada ijazah (degree). Itu adalah langkah yang pertama yang perlu ada untuk memohon jawatan inspektor. Sama juga dengan jabatan kerajaan yang lain jika mahu mohon untuk gred 41 perlu ada ijazah. Kita menggalakkan untuk sambung belajar,” ujarnya lagi.

Kursus Asas Keselamatan dan Penggunaan Senjata Api adalah salah satu silibus dalam pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda Penguatkuasaan Undang-Undang di LPU.

Selain latihan menembak di lapang sasar, LPU juga memberi pendedahan latihan kawad dan pengalaman di mahkamah bagi memperkukuhkan pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pengkhususan pelajar. Utv



Kolej Universiti Inovatif tawar latihan menembak dalam silibus pengajian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca Cikgu Istiqomah dibunuh



Takiyuddin kantoi (Video)

Dari aku join podcast mereka, baik aku join potluck – Rahim



KLFW jadi tempat orang popular tayang paha, perut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker